web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kekal Di Tangga Ketujuh Walau Raih 6 Emas

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:29AM

Kejayaan meraih enam pingat emas itu merupakan pencapaian terbaik setakat ini. - Infografik Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kontinjen negara gagal memperbaiki kedudukan dalam carta pungutan pingat walaupun menambah enam pingat emas selepas berakhir hari kelima temasya Sukan SEA 2023 di sini semalam.

Kejayaan meraih enam pingat emas itu yang merupakan pencapaian terbaik setakat ini  menyaksikan kontinjen negara kekal berada di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 21 emas, 22 perak dan 42 gangsa.

Skuad silat muncul pasukan terbaik semalam apabila menyumbangkan tiga pingat emas menerusi Norsyakirah Muksin dalam kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri, Nor Farah Mazlan (kategori 45-50kg Putri) dan Muhammad Izzul Irfan Marzuki (kategori 60-65kg Putra).

Tiga pingat emas lagi adalah menerusi penerjun Lee Yiat Qing dalam acara 10m platform wanita, atlet wushu Tan Cheong Min (nanquan wanita) dan pemain golf Ng Jing Xuen bagi acara individu wanita.

Malaysia turut menambah tujuh pingat perak dan 10 pingat gangsa.

Selepas tamat saingan semalam, Vietnam yang mengumpul keseluruhan 50 pingat emas, 50 perak dan 61 gangsa merampas kedudukan teratas, manakala tuan rumah Kemboja di kedudukan kedua dengan 47-41-51.

Thailand yang sebelum ini, mendahului carta kedudukan pingat, turun dua anak tangga di tempat ketiga selepas mengumpul 47 emas, 36 perak dan 53 gangsa. 

Tumpuan kontinjen negara pada hari keenam temasya esok bagi menambah kilauan emas sudah pasti terarah, antaranya kepada skuad ping pong wanita yang melakar kejutan mara ke pentas final selepas 30 tahun dalam acara berpasukan.

Malaysia dijadual berdepan Thailand dalam perlawanan akhir pada 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Selain itu, Malaysia juga berpeluang menambah pungutan pingat emas apabila skuad badminton lelaki yang menyingkirkan juara bertahan Thailand dalam acara berpasukan di peringkat separuh akhir, bakal membuat perhitungan berdepan musuh tradisi, Indonesia pada final hari ini.

Hari ini, golf juga bakal menjadi tumpuan apabila pemain negara akan memulakan cabaran dalam acara berpasukan lelaki bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi Hanoi, Vietnam tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

2

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

UTP Kekal Kedudukan Sebagai Universiti Kejuruteraan Terbaik Malaysia

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka