web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amazon Atasi Apple Sebagai Jenama Paling Bernilai Walaupun Rugi AS$51 Bilion

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 3:30PM

Amazon rampas semula kedudukan teratas sebagai jenama paling berharga di dunia walaupun mencatat kerugian AS$51 bilion tahun ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Amazon merampas semula kedudukan teratas sebagai jenama paling berharga di dunia walaupun mencatat kerugian AS$51 bilion tahun ini, atau 15 peratus daripada nilainya, menurut ranking tahunan Brand Finance Global 500.

Nilai syarikat runcit itu merosot kepada AS$299.3 bilion daripada AS$350.3 bilion sepanjang tahun lepas, dengan penarafannya jatuh daripada AAA+ kepada AAA, kata perunding penilaian jenama terkemuka.

Sputnik melaporkan penyelidik Brand Finance mendapati pengguna kurang berpuas hati terhadap khidmat pelanggan Amazon dan berkemungkinan kurang mengesyorkan perkhidmatannya kepada orang lain selepas tempoh masa penghantaran dilanjutkan. Mereka juga lebih banyak membuat pembelian di luar talian berikutan penarikan balik sekatan COVID-19.

"Walaupun nilainya merosot tahun ini, jenama Amazon masih meningkat 36 peratus daripada segi nilai sejak permulaan wabak COVID-19 berikutan jenama Amazon telah berkembang menjadi pemain dominan merentas pelbagai sektor ekonomi," menurut laporan itu.

Apple pula menyaksikan nilainya menyusut 16 peratus tahun ini kepada AS$297.5 bilion daripada AS$355.1 bilion. Ini mencerminkan kemerosotan unjuran hasil yang berpunca daripada had rantaian bekalan barangan yang terganggu selain pasaran buruh yang terhad untuk jualan besar-besaran produk perkakasannya.

Jenama teknologi lain dalam kedudukan nilai juga cenderung kehilangan nilai, dengan Samsung turun 7 peratus kepada AS$99.7 bilion manakala Alibaba merosot 56 peratus kepada AS$10.0 bilion,

Pembuat kereta elektrik adalah antara yang meningkat nilai dengan jenama Tesla menambah 44 peratus kepada AS$66.2 bilion manakala nilai  BYD meningkat 57 peratus kepada AS$10.1 bilion berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk kereta elektrik didorong oleh peralihan global kepada ekonomi rendah karbon. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Apple Store Pertama di Malaysia Sudah Dibuka!

2

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

UTP Kekal Kedudukan Sebagai Universiti Kejuruteraan Terbaik Malaysia

4

TARA 1 tahun yang lalu

Apple Jalin Kerjasama Dengan Google Bagi Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan Pintar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka