web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

Pendidikan Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:16PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai tawaran istimewa menanti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Kempen Jom Bayar PTPTN yang diadakan buat julung kalinya sepanjang bulan ini. 

Kempen bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan agensi itu antara lain menawarkan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN hingga 15 peratus dan bayaran pendahuluan tunggakan minimum serendah RM300 untuk penstrukturan semula pinjaman bagi peminjam yang mempunyai tunggakan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, PTPTN turut menganjurkan Cabutan Jom Bayar PTPTN yang menawarkan hadiah wang tunai hingga RM70,000 kepada 140 pemenang dan promosi cabutan bermula pada 1 hingga 31 Disember ini.

"Setiap negeri menawarkan 10 hadiah menarik kepada pemenang. Syarat penyertaannya mudah iaitu peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh promosi dengan bayaran minimum RM300 layak mendapat satu cabutan.

“Bukan itu sahaja, bersempena dengan kempen ini peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman akan diberikan cenderamata eksklusif PTPTN,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Mesra Pelanggan PTPTN di sini, hari ini.

Ahmad Dasuki berkata, PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa mendukung hasrat kerajaan untuk memastikan kelestarian pendidikan tinggi dan setakat 30 Oktober lalu, sebanyak 3.92 juta pemohon sudah mendapat kelulusan pinjaman membabitkan keseluruhan peruntukan RM70.91 bilion.

Beliau berkata, PTPTN juga terus komited untuk memastikan peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten bagi kelangsungan dana untuk generasi akan datang.

“Inilah (kempen) peluang terbaik kepada semua peminjam untuk berunding dengan PTPTN, mereka bukan sahaja dapat menikmati diskaun bayaran balik pinjaman, malah turut berpeluang membuat penstrukturan semula pinjaman dengan tawaran lebih menarik.

"Peminjam berpeluang memenangi hadiah lumayan serta mendapat cenderamata eksklusif daripada PTPTN, manfaat 4 dalam 1 ini sangat berbaloi untuk peminjam bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan dan Kempen Jom Bayar PTPTN,” katanya.

Hari Mesra Pelanggan PTPTN dilaksanakan secara serentak di semua pejabat PTPTN negeri dan cawangan seluruh negara bermula hari ini hingga 31 Disember.

Bagi memudahkan pelanggan berurusan sepanjang Hari Mesra Pelanggan, waktu operasi kaunter di pejabat PTPTN negeri dan cawangan di seluruh negara dilanjutkan mulai jam 8.30 pagi hingga 6 petang termasuk Sabtu dari 9 pagi hingga 5 petang.

Peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Bayar Balik PTPTN Ikut ICL Praktikal, Tidak Bebankan Peminjam - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Cadangan Teruskan Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dalam Belanjawan 2024 - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga 2024 Kepada Pendeposit Simpan SSPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia