web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga 2024 Kepada Pendeposit Simpan SSPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 6:58PM

Pendeposit Simpan SSPN akan terus menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga 2024 ke atas simpanan bersih hingga RM8,000 setahun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) akan terus menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga 2024 ke atas simpanan bersih hingga RM8,000 setahun.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Norliza Abdul Rahim berkata insentif berkenaan menjadikan Simpan SSPN sebagai satu-satunya produk simpanan yang memberikan kelebihan berbeza berbanding simpanan lain.

"Saya mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan melalui Simpan SSPN ini dilanjutkan hingga 2024.

“Saya optimis insentif ini akan meningkatkan motivasi serta galakan kepada ibu bapa untuk terus membuat simpanan bagi tujuan pendidikan dan masa depan anak-anak, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rakyat perlu mengambil peluang ini untuk membuat simpanan melalui Simpan SSPN dan ibu bapa yang ingin membuka atau membuat penambahan simpanan boleh melakukannya secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lepas mengumumkan insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN dilanjutkan hingga 2024. 

Menurut kenyataan PTPTN pula, pelepasan cukai itu adalah berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, dan ibu bapa sebagai pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan hingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.

Pendeposit Simpan SSPN  turut menikmati keistimewaan lain seperti perlindungan takaful, Geran Sepadan hingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Setakat 31 Mei, jumlah terimaan deposit Simpan SSPN adalah RM15.28 bilion melibatkan 5.92 juta akaun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

2

Sukan 7 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

3

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

4

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia