web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 5:20PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Impian penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) untuk melihat dua bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi bersama skuad Penyu menjadi kenyataan.

la susulan pengumuman TFC mengesahkan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bakal menyertai pasukan itu secara pinjaman selama setahun pada musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, kehadiran dua pemain Harimau Malaya itu diharap mampu memperkuat jentera TFC bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) yang panjang.

Beliau berkata, kedua-dua pemain tersebut memiliki pengalaman luas beraksi bukan sahaja di peringkat tempatan, malahan turut menyerlah di peringkat antarabangsa.

"Peminat bola sepak Terengganu sudah lama menantikan kehadiran dua bintang ini yang memiliki kehebatan dan reputasinya tersendiri.

"Alhamdulillah, semua urusan pinjaman dua pemain ini telah selesai dan mereka bakal menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi.

gambar BERNAMA
gambar BERNAMA

Menurutnya, Safawi yang akan bermain di posisi sayap dan tengah bakal menyarung jersi bernombor 11, manakala jersi bernombor 33 akan disarung Akhyar yang bakal mengemudi bahagian sayap TFC.

Safawi memulakan karier bola sepak secara profesional bersama T-Team pada 2014 hingga 2016 sebelum berhijrah ke JDT pada 2017.

Pada 2020, pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke kelab Portimonense S.C di Portugal dan Rachaburi FC, Thailand pada 2023.

Manakala, Akhyar pula memulakan kerjayanya bersama pasukan Kedah pada 2017 sebelum terbang ke selatan untuk bersama JDT pada 2019. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah