web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azizuddin Sani dilantik TNC Akademik dan Antarabangsa UUM

Pendidikan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 4:09PM

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Penganalisis politik terkemuka, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu berkuat kuasa 26 Februari lalu.

UUM melalui satu kenyataan memaklumkan, Mohd. Azizuddin yang berusia 48 tahun akan memegang jawatan tersebut hingga 25 Februari 2026. 

Ketika dihubungi Getaran, Mohd. Azizuddin terlebih dulu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas tersebut. 

"Saya berterima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir serta Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan kerana memberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini. 
 
"Dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan ini, saya berharap pengalaman sedia ada mampu digunakan untuk meningkatkan keberadaan UUM di peringkat antarabangsa. Pelbagai program seperti mobiliti mahasiswa serta kakitangan di peringkat antarabangsa harapnya dapat diperkasakan. 

"Kita juga mahu menarik lebih ramai mahasiswa serta intelektual dari luar negara untuk melihat potensi UUM sebagai tempat mereka menimba ilmu. Justeru tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk terus menaik taraf akademik khususnya melalui program ditawarkan, supaya terus sesuai dengan peredaran semasa," katanya.

Mohd. Azizuddin mendapat gelaran Profesor ketika di Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) UUM pada 2016. Di UUM, beliau pernah dilantik menjadi dekan di Pusat Pengajian Antarabangsa serta Pengarah di Pusat Penyelidikan dan Inovasi (RIMC). 

Ketika ini, beliau adalah Presiden Persatuan Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (AIMS). Ulasannya berkaitan politik tempatan dan antarabangsa sering dipaparkan di media negara ini. 

Di peringkat antarabangsa, Mohd. Azizuddin turut menjadi Felo Pelawat di Yusof Ishak Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) Singapura dan menjadi Profesor Pelawat di National Institute of Development and Administration (NIDA) di Bangkok, Thailand. - Getaran 28 Februari 2024.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan