web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Muhammad Sanusi Bikin UMNO Kedah ‘Panas’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 6:06PM

Kenyataan Muhammad Sanusi mengundang kemarahan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melemparkan pelbagai tuduhan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramahnya di Johor semalam, nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin UMNO negeri.

Tidak hanya mengundang situasi ‘panas’ di media sosial, beberapa pemimpin UMNO di peringkat negeri turut membuat kenyataan rasmi sebagai tindak balas terhadap tuduhan dibuat Muhammad Sanusi itu.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, mencabar Muhammad Sanusi untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secepat mungkin.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

“Muhammad Sanusi sendiri menjadi Menteri Besar secara ‘percuma’ disebabkan ketidakstabilan politik dan bukannya kerana kekuatan PAS.

“Jika benar beliau bermaruah dan anak jantan, sila umum tamatkan Muafakat Nasional (MN) dan bubarkan DUN Kedah dengan kadar segera,” katanya.

Dalam ceramahnya sempena Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor semalam, Muhammad Sanusi mendakwa kestabilan politik di Malaysia dan setiap negeri mampu diwujudkan menerusi satu formula mudah iaitu dengan memastikan UMNO dan BN memiliki kerusi yang sedikit, hingga tidak mampu menumbangkan kerajaan walaupun mereka menarik diri.

Malah sebuah akhbar turut melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu lagi siri ceramah di Pulai, Johor sebelum itu mendakwa UMNO sebagai sebuah parti yang tamak kerana sudah menerima macam-macam, tetapi kalau boleh mahukan semua.

Mengulas lanjut Syed Johan turut menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai dayus kerana tidak berani berkata sedemikian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Kedah, yang kedua-duanya wanita secara berdepan.

“Kenyataan Muhammad Sanusi itu hanyalah fatwa terbaru PAS untuk meruntuhkan MN dan bukan lagi mengukuhkan ukhwah. Ini menandakan PAS lebih suka bersama parti yang penuh dengan ‘katak’ dan bersekongkol menipu rakyat bersama Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya.

Dalam pada itu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Hashim Jahiya mendakwa, kenyataan dibuat Muhammad Sanusi itu menjelaskan bahawa MN hanyalah satu dakyah politik PAS yang tidak ikhlas bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Datuk Hashim Jahiya
Datuk Hashim Jahiya

“Adalah jelas bahawa segala tohmahan Muhammad Sanusi itu bagaikan alasan untuk menari helah meruntuhkan MN. Mungkin juga kenyataan beliau itu bertujuan mengaburi mata penyokong PAS di Johor yang khabarnya lebih sayangkan ukhwah MN,” katanya.

Sementara itu bekas Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin pula mengingatkan PAS agar tidak sombong selain mengharapkan supaya UMNO Kedah menilai semula hubungannya bersama parti itu.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

“Bersandarkan kedudukan ini, saya percaya wujud keperluan untuk UMNO Kedah menilai semula hubungan dengan PAS. Adalah tidak produktif jika kita terus menerus cuba berpura-pura bahawa kita boleh bekerjasama sedangkan yang terlihat saban hari adalah kerapuhan yang tidak boleh diselamatkan.

“PAS harus berhenti berlagak sombong dan UMNO mesti berani ambil ketetapan bermaruah. Secara peribadi saya tidak melihat wujud potensi dan masa depan yang baik dari kedudukan dan hubungan sedia ada,” katanya. - Getaran 13 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia