web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GTA Hanya 'Wayang' Tun M Kekal Dalam Politik Malaysia

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 8:22PM

Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi GTA, yang menggabungkan parti politik berteraskan Melayu dan Islam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) yang turut disertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), tidak relevan untuk 'dipersembahkan' di pentas politik tanah air.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pendekatan itu sudah lapuk disebabkan sudah ada parti politik berasaskan kaum ditubuhkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menurut beliau, tindakan tersebut membuktikan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya sudah ‘tepu’, kerana rakyat ketika ini mempunyai banyak pilihan parti berasaskan kaum yang lebih kukuh berbanding GTA.

“UMNO sudah tertubuh sekian lama, kita ada PAS yang berasaskan agama dan kita ada BERSATU ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri. 

 “Sebab itu, bagi saya, rakyat Malaysia pun rasa tidak relevan. Kalau orang nak politik perkauman, dia mungkin pilih UMNO, PAS atau BERSATU,” katanya ketika ditemui di Terowong Jalan Mohd Yatim Yahaya - Setiawangsa, di sini, hari ini.

Jelas Nik Nazmi, langkah diambil Ahli Parlimen Langkawi itu hanyalah gimik yang bertunjangkan populariti agar ‘permainan’ politiknya masih dihebahkan media dan diperkatakan rakyat.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah gerakan Melayu yang dipanggil GTA untuk menentang UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas perdana menteri itu berkata, ia merupakan sebuah gerakan yang menggabungkan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan profesional.

 Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG berkata, gerakan tersebut dipengerusikan oleh beliau sendiri manakala timbalannya terdiri daripada Presiden empat parti gabungan yang menyertai gerakan itu.

Antara timbalannya ialah Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali; Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Presiden Parti IMAN, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Dalam pada itu, Nik Nazmi selaku Ahli Parlimen Setiawangsa optimis PKR yang mengamalkan politik progresif pelbagai kaum sejak ia ditubuhkan, adalah satu keperluan buat negara untuk lebih berdaya saing dalam arena politik.

“Ini bagi saya biasalah nak dekat pilihan raya. Kita dulu pun pernah ada PAS tubuhkan Gagasan Sejahtera namun parti komponennya tidak pernah menang. 

“Begitu juga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, walaupun PEJUANG bertanding di banyak kerusi namun dia hilang semua deposit,” katanya.

Sementara itu, ditanya berkenaan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan (PH), Nik Nazmi menegaskan perkara tersebut kini di peringkat akhir dan kepimpinan parti sedang mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili gabungan itu pada PRU-15.

“Tema serta dasar nak dibawakan pada PRU juga akan kita fokus dan saya percaya gandingan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli akan memberi tumpuan khusus kepada pilihan raya.

 “Tiada pertindihan (kerusi) banyak. Saya fikir, ada sedikit sebanyak pada beberapa kerusi milik BERSATU kerana parti itu bukan lagi dalam PH. Jadi, kita akan bincangkan namun tidak banyak isu menjelang pilihan raya,” katanya. - Getaran, 10 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad