web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Ugut Saya Bubarkan UMNO Atau Berdepan Akibat - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 1:04PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi kenyataannya kepada Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan jenayah ke atasnya adalah satu bentuk ‘penganiayaan’ bermotifkan politik yang berpunca daripada ‘ugutan’ dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pemimpin terbabit mengemudi kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menuntut UMNO dibubarkan.

Beliau berkata, Dr Mahathir, turut ‘mengugut’ supaya beliau ‘melompat’ ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau berdepan akibat sekiranya enggan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri terhadap 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi.

“Ketika itu saya pergi berjumpa dengan Dr Mahathir, atas kapisiti saya sebagai Presiden UMNO, selepas beberapa individu memaklumkan beliau mahu bertemu saya.

“Apabila saya bertemu, beliau (Dr Mahathir) meminta saya supaya membubarkan parti (UMNO) dan ‘melompat’ ke partinya (BERSATU) atau berdepan akibat.

“Saya percaya pertuduhan jenayah dihadapi adalah disebabkan ugutan ini,” katanya ketika pemeriksaan semula peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Ahmad Zahid kemudian memaklumkan bahawa Dr Mahathir mengaku secara terbuka meminta beliau membubarkan parti.

Malah, Ahmad Zahid turut mengulangi bahawa pertuduhan jenayah hanya dibuat selepas PH memenangi pilihan raya 2018.

Susulan pilihan raya pada 9 Mei 2018, Ahmad Zahid bertemu Dr Mahathir pada 7 Jun 2018 di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Ahmad Zahid kemudian memenangi pemilihan Presiden UMNO pada 30 Jun 2018.

Beliau kemudian didakwa di mahkamah berhubung pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram bagi Yayasan Akalbudi pada 20 Oktober 2018.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberi keterangan bahawa PH menggugurkan 15 kes mahkamah terhadap Ahli Parlimen dari parti itu sendiri, seperi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PKR); Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (DAP); Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah (PKR) dan mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, PH kemudian membuat keputusan meneruskan pertuduhan jenayah terhadap lebih 80 pemegang jawatan UMNO, termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Bendahari Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seterusnya mengenakan ‘penganiayaan politik’.

Kes di hadapan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini - The Vibes, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 53 minit yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight