web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Berjaya Hasut Rakyat, Percaya Perkara ‘Tidak Benar Sebagai Benar’ - Tun M

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 2:48PM

Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa ‘berjaya’ menukar budaya serta nilai hidup Melayu dengan menolak bukti jelas dan menerima kenyataan tidak berasas.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu membuktikan satu lagi keupayaan Najib, iaitu menjadikan perkara yang benar sebagai tidak benar dan sebaliknya.

Menurut beliau, selama empat tahun Najib dibicarakan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa semua dokumentasi dan cek berkenaan duit syarikat tersebut yang dimasukkan ke dalam akaun Ambank miliknya sebagai tidak benar.

“Dia tidak tahu akan adanya duit ini dan belanja duit tanpa mengetahui adanya duit ini. Jika ada wang ini, ia adalah sumbangan dari Raja Arab. Apa bukti? Tidak perlu. Percaya sahajalah dakwaan Najib. Bukti tidak perlu. Bukti adalah penipuan. Tanya Peguam Negara. Najib tidak salah.

“Yang benar ialah Mahathir memiliki duit berbilion. Duit ini ada di Switzerland dan Taiwan. Apa bukti? Bukti tidak perlu. Najib tahu. Percayalah sahaja. Yang benar ialah semua anak Mahathir menjadi hartawan semasa Mahathir jadi Perdana Menteri. Apa bukti. Tidak ada. Tetapi Najib tahu.

“Ada surat dari Mahathir kepada Kementerian Kewangan. Mana dia surat ini. Ada pada Najib. Tunjuk. Tunggu. Akan ditunjuk. Percaya sahajalah. Bukti tidak perlu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, selama empat tahun dibicarakan, puluhan saksi memberi maklumat mengenai kesalahan Najib, malah segala dokumen dan bukti lain turut dipamerkan.

Katanya, perkara yang betul adalah dakwaan oleh Najib dan peguam upahannya manakala semua bukti, saksi, dokumentasi disifatkan sebagai tidak perlu kerana ia hanyalah pembohongan.

“Hakim menulis 800 muka surat hujah penghakiman tentang perkara yang didedah oleh saksi, bukti dan hasil siasatan. Bagi Najib semua yang dicatit oleh hakim tidak benar. Hakim konflik kepentingan, hakimnya berat sebelah.

“Yang benar ialah penafian oleh Najib, anak dan peguam upahannya. Sembilan orang hakim, tiga mahkamah, bicara empat tahun, semua tidak betul, fitnah,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib yang juga mantan Presiden UMNO

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mendapati keputusan dibuat sebelum itu oleh Mahkamah Tinggi adalah tepat, dan pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. - Getaran, 30 Ogos 2022

 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global