web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Mahu Jadi PM 2050 - MB Kedah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 1:02PM

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika bertemu pengamal media di pusat media Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Ke-68 di Kompleks PAS Kedah hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan memenangi 40 daripadanya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, sasaran itu jika mampu dicapai akan menyebabkan tiada mana-mana parti dapat membentuk kerajaan Persekutuan tanpa PAS.

Katanya, 40 kerusi itu adalah sasaran ditetapkan dalam perjalanan panjang PAS sepanjang 30 tahun sejak 2020, dengan ahli parti itu dijangka dapat melihat kehadiran Perdana Menteri Pertama dari PAS pada 2050.

"Kita menyasarkan untuk menang minimum 40 kerusi. Jika menang 40 kerusi, tak ada mana-mana parti dapat membentuk kerajaan Persekutuan tanpa PAS.

"40 kerusi inilah sasaran diletakkan PAS dalam perjalanan yang panjang bermula 2020 hingga 2050. Pada 2050 siapa yang dapat hidup lagi, akan menyaksikan Perdana Menteri Malaysia dari PAS," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Kompleks Pas Kedah di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, ketika ini Ahli Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PAS sedang menganalisis kawasan-kawasan pilihan raya yang mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi diletakkan dalam senarai 80 kawasan mahu ditandingi. 

“Mana-mana kawasan yang tak mencapai KPI akan digugurkan dan digantikan dengan kawasan lain yang didapati memiliki prestasi, baik dari segi persiapan jentera atau keperluan lain untuk menghadapi PRU,” katanya.

Dalam pada itu katanya, hal berkaitan penggunaan logo dalam PRU akan datang masih sedang dibincangkan dengan parti lain yang menjadi rakan PAS.

"Perkara ini masih 'dimasak' dan belum dapat 'dihidang', jadi tunggulah dia masak dulu. Nak jadi 'lagu' mana, tak tahulah dan harapnya parti kita dapat buat keputusan terbaik yang menguntungkan PAS.

"Saya pun nak 'lagu' tu juga (guna logo PAS) tetapi kita kena berunding dan rakan-rakan perlu setuju. Kalau 'gagah' nak buat juga (guna logo PAS), akan berlaku perpecahan yang lebih besar dan disebabkan itu, kita kena berlapang dada selepas keputusan dibuat," katanya. 

Dalam ucapan sama, Muhammad Sanusi turut memberi amaran kepada ahli PAS agar tidak lagi membuat rombongan kepada pihak tertentu sekiranya calon pilihan raya sudah diputuskan oleh parti. 

"Sekiranya rakan kita tak jadi calon atau kawasan dicadangkan diserahkan kepada parti lain yang terlibat dengan muafakat politik, dilarang boikot parti. Ini berlaku di beberapa kawasan dan sebagai parti politik terbaik, pemimpin serta ahli PAS tak akan boikot parti jika hasrat sendiri tidak tercapai kerana kita akan laksanakan apa saja perkara diputuskan kepimpinan. 

"Satu lagi perkara tentang calon, selalunya ada rombongan sama ada ke Rusila, Jalan Raja Laut atau Alor Setar. 'Mai' Alor Setar saya 'ligan' sebab selepas keputusan dibuat PAS Pusat, sebarang rombongan untuk ubah keputusan, melobi atau tukar keputusan (mengenai calon), diharamkan," katanya. - Getaran 4 September 2022 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang