web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kit Siang Sangkal Dakwaan Mahu Bertanding Parlimen Bakri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 7:01AM

Lim Kit Siang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad bahawa veteran DAP, Lim Kit Siang mahu beralih angin ke Parlimen Bakri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah fitnah dan berita palsu semata-mata.

Menafikan kenyataan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau telah menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia politik dan tidak akan bertanding pada PRU akan datang.

“DAP dan Pakatan Harapan (PH) perlu bersyukur kerana Hasni adalah pemimpin UMNO di Johor yang percaya dengan maklumat salah ini.

“Untuk makluman Hasni, saya telah bersara dari politik kompetitif dan saya tidak sedar mengenai apa-apa mesyuarat DAP baru-baru ini untuk membincangkan pencalonan saya di kerusi Parlimen Bakri dalam PRU15,” katanya menerusi kenyataan di blog miliknya.

Hasni Mohammad - Gambar fail
Hasni Mohammad - Gambar fail

Hasni baru-baru ini mendakwa Kit Siang bakal melakukan pusingan ‘U’ dalam kancah politik dengan bertanding pada PRU15.

Hasni mendakwa, pemimpin veteran DAP itu tidak akan mempertahanjan kerusi Parlimen Iskandar Puteri, sebaliknya sedang mengintai peluang di kawasan lain.

“Saya terima maklumat yang mengatakan Lim Kit Siang bakal bertanding pada PRU15. Perkara itu diputuskan DAP dalam mesyuarat mereka baru-baru ini.

“Dia juga tidak akan bertanding di kerusi Iskandar Puteri, sebaliknya menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bakri. Ini sebenarnya akan memudahkan kita untuk merampas kembali kerusi berkenaan,” katanya.

Jelas Kit Siang, tuduhan beliau sedang ‘mengintai’ Parlimen Bakri membuktikan mantan Menteri Besar Johor itu mudah terpedaya dengan maklumat palsu.

“Sepertimana Hasni gagal menjadi pembaca minda ketika tidak berjaya menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor awal tahun ini, da telah gagal sekali lagi apabila mengatakan saya sedang bersedia untuk bertanding di kerusi parlimen Bakri pada PRU15.

“Saya tidak tahu dari mana Hasni mendapat maklumatnya, tetapi dia kini terbukti sebagai seorang pemimpin politik dan strategis teruk, menyebarkan maklumat palsu serta salah,” katanya. - Getaran, 23 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad