web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MCA Mahu Jadi Seperti PAS, Guna Agama ‘Beli Hati’ Penyokong Najib

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 5:22PM

Kenyataan MCA mempertahankan Najib dikatakan seolah-olah mempunyai persamaan dengan cara yang selama ini digunakan PAS, iaitu menggunakan agama bagi kepentingan politik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan MCA menggunakan sentimen agama dan kaum Melayu bagi mempertahankan ‘layanan istimewa’ diberikan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk kepentingan politik semata-mata. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, gesaan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker seolah-olah membuktikan parti itu mempunyai persamaan dengan cara berpolitik digunakan PAS.

“MCA boleh guna nama agama untuk meraih simpati buat Najib. Parti itu juga boleh menyokong penyamun sampai bila-bila masa, tapi jangan ajak rakyat ikut sekali.

“Lian Ker, menggunakan budaya Melayu-Islam, iaitu saling bermaafan sebagai contoh agar rakyat Malaysia memaafkan Najib atas kesalahan rasuahnya.

“Kenyataan MCA mempertahan Najib seolah-olah mempunyai persamaan dengan cara yang selama ini digunakan PAS, iaitu menggunakan agama bagi kepentingan politik,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Chua Wei Kiat - Gambar Fail
Chua Wei Kiat - Gambar Fail

Terdahulu, Lian Ker membangkitkan persoalan mengenai budaya bermaaf-maafan yang cukup sinonim dengan orang Melayu serta Islam di negara ini dan mengaitkan tindakan itu dengan Najib.

Menurutnya, beliau kadang-kadang tidak dapat memahami perasaan kebencian yang ada pada pemimpin politik di negara ini.

Jelas beliau, pihaknya melihat ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu mahu mantan perdana menteri berkenaan terseksa dan sengsara di penjara. 

“Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya? Manalah budaya bermaaf-maafan orang Melayu dan Islam?” soalnya.

Susulan itu, Wei Kiat mengingatkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu agar tidak mewujudkan sebarang idea serta ajaran songsang kepada rakyat, khususnya golongan muda.

Ujarnya, semua agama secara jelas mengecam golongan yang mengamalkan korupsi serta salah guna kuasa demi kepentingan peribadi.

Ti Lian Ker - Gambar Fail
Ti Lian Ker - Gambar Fail

“Umum mengetahui, MCA tidak akan tinggalkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sehingga hari kiamat (namun kesalahan rasuah dan salah guna kuasa) adalah dosa besar serta mengkhianati amanah rakyat serta negara.

“Sebelum Najib dipenjarakan, MCA antara parti yang paling terkehadapan mengikuti penjenayah itu menjelajah di beberapa negeri ketika pilihan raya diadakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wei Kiat berkata, perkara itu jelas menunjukkan MCA telah menyalahgunakan agama demi menghalalkan korupsi bagi membeli hati penyokong tegar Najib serta UMNO.

“Kita faham PRU semakin hampir, setiap parti politik akan cuba sedaya upaya memikat hati pengundi. Jika MCA nak mempromosi idea saling bermaaf-maafan, saya cadang parti itu mengajak ahli dan jenteranya turun membantu golongan miskin yang dipenjarakan akibat mencuri makanan.

“Ini bagi membantu golongan itu meneruskan kehidupan seharian disebabkan kegagalan pentadbiran kerajaan BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam membela nasib rakyat,” katanya. - Getaran, 23 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global