web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Saya Terima Hati Terbuka', Peja Tak Gentar Lawan Anwar Di Tambun

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 8:12PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau tidak gentar berdepan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, beliau tetap bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Tambun walaupun terpaksa berhadapan dengan Anwar atau sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan menegaskan beliau menerima sebarang kemungkinan Anwar dicalonkan di kerusi disandangnya ketika ini dengan hati terbuka. 

"Beliau (Anwar) layak untuk bertanding di Tambun. 

"Saya akan terus julang proses demokrasi," katanya ringkas kepada Getaran, hari ini.

Pada Ogos lalu, Ahmad Faizal memberi bayangan beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU-15.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Semalam, PH memaklumkan keputusan sama ada Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15 akan diumumkan pada Konvensyen Nasional gabungan itu yang dijadualkan berlangsung di Perak, 29 Oktober ini.

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bagaimanapun sangat mengalu-alukan Anwar bertanding di kerusi Parlimen terbabit berikutan ketokohan Presiden PKR itu dilihat mampu memberi kelebihan dan nilai tambah kepada pakatan berkenaan di negeri berkenaan.

"Kita telah dimaklumkan begitu dan selaku Pengerusi PH Perak, saya amat mengalu-alukan beliau bertanding di kerusi itu pada PRU-15.

"Pencalonannya untuk bertanding di kerusi berkenaan akan memberi penghormatan besar kepada kami di Perak, malah ketokohan beliau akan menguntungkan PH negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Harapan Perak Bangkit di tapak pasar malam pekan Tanjung Piandang, malam tadi.

Pada Ogos lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau sedang mempertimbangkan tawaran dibuat PKR Perak untuk bertanding di negeri itu pada PRU-15.

Terdahulu, Anwar turut berkata, beliau merancang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang oleh ‘pengkhianat’ PKR dan PH pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan kawasan Parlimen tersebut tetapi kerusi itu mestilah memberi kelebihan tambahan kepada PKR dan PH.

"Secara jujur saya belum ada pilihan lagi (Parlimen) untuk ditandingi tapi dalam pertimbangan adalah kerusi pengkhianat (PKR dan PH), ...misalnya jika parti kata bertanding di Gombak (Parlimen) saya bertanding di situ.

"Kita (PH) boleh masuk kubu kuat UMNO, tetapi saya harus memilih kerusi disandang pengkhianat. Mesejnya adalah pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima)," katanya. - Getaran, 9 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan