web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MKT UMNO Adakan Mesyuarat Khas Bincang Pendirian PAS, Tarikh PRU-15 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 10:19PM

MKT UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas malam esok dan dijangkakan isu kerjasama dengan PAS pada PRU-15 akan dibincangkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas bagi memuktamadkan perbincangan mengenai kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), malam esok.

Sumber Getaran memaklumkan pertemuan yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut akan membincangkan tarikh pembubaran Parlimen yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

"Ya, memang betul (mesyuarat khas MKT UMNO esok) tapi saya tak boleh perincikan agenda atau usul apa yang akan dibincangkan oleh UMNO. 

"(Mengenai tarikh pembubaran Parlimen) mungkin Perdana Menteri (Naib Presiden UMNO) akan menyentuh isu berkenaan tapi apapun segala agenda berkenaan mesyuarat khas itu akan diketahui esok," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Ditanya sekiranya UMNO telah menerima jawapan daripada PAS berhubung kerjasama pada PRU-15, sumber enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.  

"Berhubung kerjasama UMNO dan PAS, itu kita tunggu apa yang diputuskan dalam Mesyuarat MKT (malam) esok," katanya. 

Semalam, tiada kata putus dibuat PAS mengenai kerjasama dengan UMNO hari ini, apabila kepimpinannya mengambil ketetapan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah dalam kalangan tiga parti teras Melayu itu, termasuk dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Malah, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, partinya berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ berhubung syarat serta rundingan bersama UMNO dan BERSATU.

Abdul Hadi berkata, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS semalam juga menetapkan partinya yang menerajui kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membangkitkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat. 

Khabar angin Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat kembali bertiup kencang selepas Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, petang tadi.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, Ismail Sabri hadir ke Istana Negara untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Sumber itu memaklumkan kehadiran Ismail Sabri ke Istana Negara tidak diketahui pengamal media yang kebanyakannya berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

"Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber.

Katanya lagi, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat ke London, United Kingdom bagi mengadakan Lawatan Khas bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan partinya akan kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam PRU-15 jika parti pimpinan Abdul Hadi itu, memenuhi tiga syarat ditetapkan. 

Ahmad Zahid berkata, tiga syarat berkenaan sudah dikemukakan kepada PAS ketika beliau bertemu dengan Abdul Hadi, baru-baru ini. - Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan