web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembubaran Parlimen Bukti Kluster Mahkamah Mahu Kes Digugurkan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen semalam, secara jelas disifatkan sebagai tindakan terdesak berikutan ditekan kepimpinan UMNO yang didominasi ‘kluster mahkamah’.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, rakyat ketika ini melihat keputusan itu adalah desakan pemimpin kanan parti terbabit yang berdepan puluhan pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.  

“Dalam usaha serta pelbagai helah kluster mahkamah untuk membebaskan diri mereka dari dibicara, apatah lagi dihukum oleh mahkamah, maka Peguam Negara, jika bukan Ketua Hakim Negara, mahu ditukar oleh kelompok tersebut secepat mungkin, selepas dapat memegang tampuk pentadbiran negara secara solo,” katanya kepada Getaran hari ini.  

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa semalam, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU15.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari semalam dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Muhammad Faiz berkata, UMNO hanya mahu mendominasi kerajaan agar tiada semak imbang mampu dilakukan rakan politik, sekali gus memudahkan laluan perbuatan rasuah dilakukan pemimpinnya.  

Jelasnya, tidak hairanlah UMNO menolak, malah mengecam seruan ke arah perpaduan ummah oleh PAS dan penyatuan nasional yang dilaksanakan BERSATU.  

“BN lupa siapa yang beri nyawa dan oksigen untuk mereka bernafas kembali dalam pejabat pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya, setelah kecundang ditolak majoriti rakyat pada PRU lalu.  

“Mereka tidak insaf dek kerana pemimpin angkuh dan koruplah maka parti keramat mereka itu makin dibenci orang Melayu sendiri, terutama generasi muda ketika ini.  

“Mereka rela bakar segala kelambu permuafakatan sesama bangsa hanya kerana taksub dengan pemimpin tertinggi mereka serta asobiyyah kepartian melampau,” katanya.

Menurut Muhammad Faiz, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) akan terus istiqomah dengan prinsip perjuangan, berteraskan semangat kebangsaan demi perpaduan rakyat marhaen dan memperjuangkan integriti.

“Rakyat juga rata-rata dukacita dengan pihak yang diharapkan dapat mengekang hasrat keji kelompok minoriti itu yang masih berkiblatkan seorang banduan VVIP di Penjara Kajang.

“Sungguhpun begitu, rakyat redha kerana ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dalam hal pembubaran Parlimen ini.

“Politik rakus, hipokrit dan kuno yang terus menjadi budaya parti keramat itu memperbodohkan rakyat, seolah-olah cerminan guru yang mengajar anak muridnya untuk licik berkata-kata menggunakan nama rakyat jika bukan nama bangsa dan agama.

“Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri adalah tanda semboyan sudah dibunyikan bagi mengheret-paksa rakyat turun mengundi di musim hujan ribut dan banjir hujung tahun ini,” katanya.  

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda DAP, Young Syefura Othman berkata, keputusan Perdana Menteri memperlihatkan UMNO dan BN hanya mementingkan ‘nafsu’ dan kepentingan peribadi pemimpinnya.  

Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

Menurut beliau, perkara itu memperlihatkan gabungan berkenaan tidak mengendahkan nasib dan nyawa rakyat apabila berkeras untuk mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menghukum keangkuhan UMNO dan BN. Mari keluar beramai-ramai bagi tewaskan semula gabungan itu dan juga PN yang menjadi sebab demokrasi negara ini tercalar akibat peristiwa Langkah Sheraton.  

“Rakyat perlu ajar mereka agar tiada apa yang lebih berkuasa daripada kuasa rakyat. Orang ramai perlu ingatkan mereka bahawa kuasa rakyat menentukan segalanya,” katanya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan