web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Ahli BERSATU Sah Sertai PKR

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 6:01PM

Rais Hussin (kanan) dan Mohamed Jidi (kiri) sah menyertai PKR. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera, Mohamed Jidi Yaakob sah menyertai PKR, hari ini.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, parti tersebut mengalu-alukan penyertaan dua ahli BERSATU tersebut.

Menurut beliau, kebelakangan ini wujud minat dalam kalangan pegawai kerajaan, ahli akademik dan aktivis masyarakat untuk menyertai PKR.

“Rais Hussin sebelum aktif politik, sangat suka melakukan kebajikan, masyarakat dan menjadi sukarelawan sehingga ke luar negara bagi membantu masyarakat tersisir. Walau tidak aktif dengan BERSATU selepas PRU 2018, beliau banyak memfokus kepada aspek penyelidikan serta terbitan tentang korupsi dan kemunafikan.

“Mohamed Jidi pula ialah mantan UMNO dan telah bersama kita sejak 2018 bersama BERSATU. Pengalaman lama beliau (ialah) sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Bera serta aktif dengan pertubuhan peladang dan pernah menjadi pegawai khas di pelbagai kementerian,” katanya menerusi sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rais sebelum ini dipetik sebagai berkata, beliau tidak lagi aktif dengan BERSATU sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung, dan lebih banyak memfokus kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.

Katanya, beliau mempunyai banyak kenangan indah dengan BERSATU dari peringkat awal sebelum penubuhannya, sehingga berhadapan cabaran besar ketika ini.

Dalam pada itu, Rais pada sidang media sama merakamkan penghargaan kerana Anwar kerana telah memberi peluang serta kepercayaan kepada dirinya untuk menyertai PKR bagi meneruskan kerjaya politik.

“Segala ekonomi, kehidupan seharian rakyat amat kritikal. Ringgit kini menjunam walaupun Menteri Kewangan kata tiada masalah.

“Hari ini adalah hari pertama saya menyertai PKR dan akan cuba bekerjasama sebaiknya namun untuk selamatkan Malaysia, perlu ada solusi yang perlu dibawa kepada rakyat.

“Harus fokus kepada kos sara hidup, pendidikan berkualiti, kesihatan dan rumah mampu milik. Perkara ini hasil perhatian kami yang majoriti rakyat benar-benar mahukan perkara itu diteliti,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Jidi pula berkata, keputusannya menyertai PKR didorong oleh hala tuju BERSATU sendiri yang dilihat semakin menyimpang daripada objektif dan matlamat utama penubuhan.

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ini pendirian dia suka berubah-ubah seperti cuaca, (khususnya) selepas mengambil tindakan menggunakan kerajaan pintu belakang.

“Saya ambil masa hampir dua hingga tiga bulan sebelum menyertai PKR bagi mendapat pandangan. Saya akan berkhidmat untuk rakyat,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengasas Bersama BERSATU Sertai PKR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan