web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khalid Samad Sah Bertanding Di Parlimen Titiwangsa

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 5:44PM

Khalid Abd Samad - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November depan. 

Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Datuk Asmuni Awi berkata, pencalonan Khalid di kerusi tersebut merupakan pengorbanan yang luar biasa. 

"Meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen itu telah dikuasainya selama tiga penggal dan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 yang menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.

"Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai mantan Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai wilayah PH,” katanya hari ini. 

Khalid yang memperoleh 55,949 undi pada PRU-14 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Azhari Shaari (22,100) dan calon PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki (15,194). 

Bagi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang menggunakan logo PKR pada PRU-14 berjaya menawan kerusi terbabit dengan majoriti 4,139 undi, menewaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad.

Asmuni Awi
Asmuni Awi

Dalam perkembangan berkaitan, Asmuni berkata, pelbagai percaturan berisiko tetapi berstrategi tinggi akan diambil PH demi memastikan rakyat di seluruh negara yang layak mengundi akan berbuat demikian pada 19 November nanti. 

Menurut beliau, rakyat perlu yakin dan berdoa agar PRU-15 mampu menjadi landasan untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang lebih stabil. 

"Hapuskan rasuah akan menjadi tekad utama PH, manakala menyediakan peluang pekerjaan bermutu dan terjamin kepada anak tempatan adalah hasrat gabungan ini. 

"Pada masa sama, PH mahu memulihkan imej negara melalui kestabilan politik dan ekonomi yang kukuh,” katanya. 

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Sementara itu, Asmuni menegaskan keputusan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun mampu menyuntik semangat dan keyakinan kepada akar umbi gabungan itu agar berusaha keras bagi memenangi PRU-15. 

"Pengumuman Datuk Seri Anwar untuk bertanding di Parlimen Tambun memang mencabar dan berisiko namun keputusan itu telah menguatkan hasrat PH untuk berjuang semaksimumnya demi memastikan kemenangan rakyat pada 19 November nanti," katanya. 

Pengerusi AMANAH Perak itu juga berkata, kejayaan luar biasa menerusi penganjuran Konvensyen PH pada 20 Oktober lalu telah memberi motivasi tinggi kepada pimpinan serta pendukung PH, sekaligus menandakan kesiap-siagaan mereka menghadapi PRU-15.

"Umum maklum bahawa PRU kali ini akan berlangsung dalam suasana tidak menentu akibat musim tengkujuh, sekali gus berisiko menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah menurun.

"Namun gendang telah dipalu, tiada pilihan untuk PH menyelamatkan tanah air serta rakyat negara ini melainkan berjuang dengan tekad tinggi untuk menang dan menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan atau negeri," katanya. - Getaran, 23 Oktober 2022. 






 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula