web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangkang Kucar-Kacir, Kekuatan Goyah Bila Rakyat Mulai Sedar - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2022 9:52PM

Blok pembangkang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa berada dalam keadaan caca-marba - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Blok pembangkang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa berada dalam keadaan caca-marba, serentak dengan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang semakin hampir.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kekuatan pembangkang juga dilihat semakin goyah.

Menurut beliau, mereka semakin takut untuk berdepan dengan PRU-15 kerana sedar, rakyat sudah menyedari kegagalan dan penipuan yang dibuat sejak empat tahun lalu.

“PN misalnya mula menampakkan kucar-kacir walaupun BERSATU dan PAS sepakat untuk bekerjasama bawah satu payung. Biarpun bergerak atas nama gabungan namun mereka tak yakin untuk gunakan sepenuhnya logo PN pada PRU-15 kali ini.

“PAS mahu guna logo bulan mereka di negeri-negeri kononnya kubu kuat dan alasannya bak kata tuan Presiden, sebab orang Kelantan dan Terengganu sudah kenal logo bulan berbanding logo PN. Maknanya PAS sendiri tak confident dengan kerjasama dan logo PN boleh berikan kemenangan kepada mereka,” katanya, sinis.

Nur Jazlan Mohamed - Gambar Fail
Nur Jazlan Mohamed - Gambar Fail

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Pulai menyatakan demikian dalam satu hantaran di Facebook.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri II itu berkata, kelonggaran diberikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk calon mereka menggunakan logo PAS jika bertanding di Kelantan atau Terengganu juga dilihat amat menggelikan hati.

“Sebab Muhyiddin tahu partinya tak kuat dan tak ada tempat di negeri-negeri PAS. Kesian (kasihan) logo BERSATU yang dicelup dari segi rupa dan warna daripada UMNO tak laku dan tidak dipakai dalam PRU-15.

“Cuba bayangkan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) yang bertanding di Jeli dan (Datuk Seri) Ikmal Hisham (Abdul Aziz) di Tanah Merah guna lambang bulan yang selama ini menjadi seteru dalam perjuangan berpuluh tahun semasa dalam UMNO. Dulu mereka amat alergi dengan logo PAS dan cukup pantang lihat lambang bulat putih itu. Tapi PRU-15 nanti mereka berdua akan pakai logo yang mereka pernah ludah dulu,” sindirnya.

Semua senario itu jelas Nur Jazlan, menggambarkan kerapuhan kerjasama dalam PN dan keadaan sama turut dilihat melingkari gabungan PH.

“Sebab itulah dari awal lagi saya tak setuju UMNO bekerjasama dengan PAS dalam MN (Muafakat Nasional) sebab saya tahu kerjasama itu tak berikan sebarang makna kepada UMNO. Alhamdulillah akhirnya MN sudah terkubur!

“PH juga tak kurang huru-haranya bila nak dekat PRU-15 ini. Dengan cengkaman kuasa Dinasti Lim, semakin kuat dan puak cauvinis Cina sudah kembali semula menguasai parti itu, kita lihat permainan politik mereka sudah berubah,” katanya.

Tegas beliau, puak berkenaan mula menyingkirkan individu tidak sehaluan dan mahu merampas kedudukan beberapa pemimpin yang sudah dikenal pasti. 

“Macam contoh bagaimana anak kepada pengasas DAP, P Patto yang juga MP (Ahli Parlimen) Batu Kawan selama dua penggal, Kasthuri Patto disingkirkan secara halus dari kerusi disandangnya kerana dikatakan tempat itu mahu diberikan kepada pemimpin yang sekepala dengan keluarga Lim. 

“Nasib sama juga dikatakan bakal menimpa bekas MP Klang selama tiga penggal, Charles Santiago yang dengar ura-ura turut digugurkan namanya dari senarai calon DAP,” katanya.

Nur Jazlan mendakwa, DAP hanya mengitar semula barisan calon yang bakal diturunkan pada PRU-15 walaupun tidak ketandusan muka baharu.

“Mereka bukannya ketandusan muka baru cuma ada halangan untuk orang-orang baru naik dalam DAP. Cuma kluster Dinasti Lim dan geng cauvinis Cina saja boleh dapat kedudukan dan laluan mudah dalam parti sekarang ini. 

“Begitu juga dengan rakan parti dalam PH seperti PKR dan AMANAH, semuanya main letak muka-muka lama yang dah nak expired. Asyik-asyik (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi bakal PM (Perdana Menteri), muka Mat Sabu (Mohamad Sabu), Khalid Samad dan (Datuk Seri) Salahuddin (Ayub) yang diletakkan bertanding,” katanya.

PH juga jelas Nur Jazlan, tidak pernah mengubah tradisi apabila kerap kali memindahkan pemimpin senior ke kawasan lain.

“Macam Anwar dari MP PD (Port Dickson), dia pula nak ke Tambun kononnya nak jadi hero kalahkan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) di sana. Si Khalid dari Shah Alam dihantar ke Titiwangsa. Puak PH ni buat letak calon-calon ni macam pacak khemah saja dan tak serius langsung nak tolong pengundi dan rakyat. Atau agaknya mereka lari dari kerusi itu sebab pengundi dah sedar mereka tak berkhidmat kepada rakyat setempat.

“Itu belum cerita lagi pasal calon pengembara yang tamakkan jawatan dan gaji. Sudah menang kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) tapi bernafsu lagi nak bertanding kerusi Parlimen. Macam si Salahuddin tu, dah jadi ADUN Simpang Jeram tapi nak lagi jadi calon di Pulai lepas itu khidmat kepada rakyat ke laut. Abaikan kawasan, hilang dari radar dan rakyat nak jumpa setahun sekali pun payah. Saya dengar cerita ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Perling, (Liew) Chin Tong pun ada cita-cita nak jadi MP juga. Sekarang ini duduk intai kerusi Iskandar Puteri. Memang tamak puak-puak ni,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah