web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Diseru Teruskan Agenda Perkukuh Muafakat Melayu Islam

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2022 6:00PM

Tan Sri Annuar Musa menyeru agar PAS sentiasa komited dalam agenda memperkukuhkan muafakat Melayu Islam di negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyeru agar PAS sentiasa komited dalam agenda memperkukuhkan muafakat Melayu Islam di negara ini.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk parti itu terus memperkasa perkara tersebut supaya tidak dipertanggungjawab di akhirat nanti.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu seolah-olah memberi bayangan bahawa PAS harus berhati-hati dalam memilih rakan politik agar tiada insiden ‘tikam belakang’ berlaku kepada parti terbabit.

“Teruskan usaha memperkasa muafakat Melayu Islam supaya kita tidak dipertanggungjawabkan di sisi Allah di akhirat.

“Berusahalah sedaya upaya dan jangan berputus asa. Kita tidak perlu bermusuh serta saling melindungi sesama umat. Kenali musuh sebenar...sahut lambaian persahabatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan PAS yang tetap tidak pernah menganggap Barisan Nasional (BN) sebagai musuh walaupun kedua-dua parti itu tidak bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebaliknya merasakan musuh mereka sama ada part itu atau BN adalah Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak bermusuh, namun ini satu amalan demokrasi di mana kita ‘bermain di padang sama rata’.

“Jika kawasan tertentu dimenangi BN tidak mengapa, asalkan tidak jatuh kepada PH. Kita memang tidak bermusuh kerana kita kekalkan konsep penyatuan ummah,” katanya.

Jelas beliau, ada perkara tertentu yang menyebabkan PAS terpaksa membuat pilihan untuk PRU-15. - Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula