web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PRU-15: Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Azlan Sani Zawawi Antara Calon Kerusi Parlimen GTA

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 9:42PM

Ahmad Idham, Azlan Sani Zawawi dan Eizlan Yusof antara calon yang diturunkan oleh GTA untuk bertanding kerusi Parlimen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Pengerusi Protem Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan gabungan itu bakal bertanding di 121 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Dr Mahathir berkata setakat ini PEJUANG sudah mengumumkan calon untuk bertanding di 59 kerusi Parlimen, Putra (24), Berjasa (8), Iman (5) dan Gagasan Bangsa sebanyak 11 kerusi.

“Walaupun kita telah beri watikah kepada ramai calon yang kita umum tadi, tetapi masih ada beberapa kawasan yang belum kita tentukan calonnya, pada 3 dan 4 November nama-nama itu akan diumum oleh Ketua Setiausaha GTA.

“Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pula diumum barisan pimpinan tertinggi negeri pada esok,” katanya pada sidang media selepas majlis Pengumuman Nama Calon GTA bagi PRU-15 petang ini. 

Pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu turut mengumumkan Ketua Setiausaha GTA Datuk Marzuki Yahya bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani, Kedah.

Dr Mahathir yang bakal mempertahankan kerusi Langkawi berkata gelanggang pilihan raya kali ini turut menyaksikan tiga selebriti iaitu pengarah filem Ahmad Idham, pelakon Eizlan Yusof dan Azlan Sani Zawawi (Lando) masing-masing bertanding di Parlimen Port Dickson, Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Beliau berkata GTA akan dibarisi calon berintegriti dan bersih daripada sebarang jenayah selain diyakini mampu menjadi pemimpin yang baik buat negara.

Pada 7 Oktober lepas, Dr Mahathir mengesahkan dua penyandang kerusi Parlimen iaitu anaknya Datuk Seri Mukhriz akan mempertahankan kerusi Jerlun manakala kerusi Kubang Pasu akan dipertahankan Datuk Amiruddin Hamzah, kedua-duanya di Kedah.

Beliau turut mengumum Ketua Pejuanita Datin Che Asmah Ibrahim akan bertanding di Sepang; Ketua Pejuang Perak Mior Nor Haidir Suhaimi di Tapah; dan Pengerusi Penaja GTA Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Titiwangsa.

Sementara itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batang Kali Harumaini Omar dan ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli, masing-masing bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian PRU-15, penamaan calon (5 November) dan pengundian awal pada 15 Nov ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 16 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 16 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 20 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN