web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perjuangan BN Rentasi Batas Gender, Tetap Senaraikan Calon Wanita - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2022 10:12AM

Ahmad Zahid Hamidi mengakui, resipi pemilihan digunakan adakalanya sukar difahami sesetengah pihak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dibuat berdasarkan pelbagai faktor, termasuk aspek taktikal di kawasan ditandingi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui, resipi pemilihan digunakan adakalanya sukar difahami sesetengah pihak.

Menurut beliau, ada juga yang kurang yakin dan memperlekeh strategi diguna pakai.

“Ketika berdepan ibu segala pilihan raya kali ini dan dalam usaha BN memulih serta mencapai kemenangan pada pilihan raya umum kali ini, banyak faktor yang diambil kira agar resipi kejayaan benar-benar tercapai.

“Memang kadang kala dalam perjuangan ke arah kemenangan besar tidak semua kita boleh dedahkan strategi dan senjata sulit kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, perjuangan meraih kemenangan dalam PRU-15 merentasi batas gender dan etnik.

“Dalam isu gender memang kita sedaya upaya memenuhi agar pengisian tersebut memenuhi permintaan wanita.

“Kita cuba penuhi sedaya upaya namun dalam kita cuba penuhi (permintaan) tersebut, ada bantahan kalangan pihak tertentu, misalnya ada calon penyandang lelaki tidak mahu memberikan laluan kerana masih mahu bertanding mengekalkan kuasa, seperti di (Parlimen) Padang Besar, Perlis,” katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan dibuat Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim yang meluahkan kekecewaan apabila kepimpinan BN gagal menepati janji memberikan peruntukan 30 peratus kepada calon wanita.

Menurut Norshida, kuota berkenaan seolah-olah dipinggirkan dan ia tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara bakal berdepan PRU-15.

Menafikan perkara itu, Zahid menjelaskan, BN tidak ketinggalan menyenaraikan calon wanita di Tanjung Karang sebagai mengiktiraf perjuangan golongan terbabit.

BN katanya, sedaya upaya meletakkan seramai mungkin calon wanita.

“Saya kira bukan sahaja BN, akan tetapi parti-parti lain bukan BN juga lakukan perkara sama.

“PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka dan Johor membuktikan strategi kita berkempen dan membuat perubahan dalam pemilihan calon misalnya, memberikan impak besar kepada keputusan pilihan raya. Sebelum kemenangan itu tidak kurang yang memperlekeh (strategi),” katanya.

Jelas penyandang Parlimen Bagan Datuk itu, dalam memastikan kemenangan perjuangan parti merentasi agenda gender, pelbagai aspek perlu diberi perhatian.

“Dalam soal etnik, pemilihan calon untuk memenangi sesebuah kawasan Parlimen tidak melihat warna kulit, etnik dan gender etnik, katanya.

Beliau memberitahu, semua calon perlu memiliki nilai tambah untuk penyegaran (revival) parti agar berdaya saing dan bercirikan politik generasi masa depan.

“Dengan kata lain, kalau boleh diungkapkan  sebagai ‘tidaklah kisah sama ada warna kucing tersebut, hitam atau putih atau warna apa sekali pun, atau gender apa sekali pun  asalkan ia berkemampuan mengalahkan tikus’. Jadi tidak timbul isu kononnya ada bias gender atau warna kulit.

“Sebaliknya perjuangan manusia sejagat melangkaui warna kulit dan biologi,” tegasnya. - Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah