web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BERSATU Tekad Terus Bertapak Di Sabah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 8:13PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU bertekad untuk terus bertapak di Sabah dan kembali bangkit walaupun pimpinan utama di negeri itu mengumumkan keluar parti hari ini.

Serentak dengan itu, jentera pusat akan segera melaksanakan penstrukturan semula organisasi tersebut di Sabah bagi memperkasa kedudukan parti.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan berkenaan diambil, selaras dengan keyakinan mereka terhadap sokongan rakyat Sabah.

"Pengurusan parti akan segera membentuk struktur yang runtuh di pelbagai peringkat untuk tujuan kembali memperkasa parti.

"Kita amat yakin dengan penerimaan dan sokongan rakyat kepada BERSATU di seluruh negara, termasuk di Sabah. BERSATU akan kekal di Sabah dan akan bangkit daripada situasi ini," katanya hari ini.

Kenyataan dibuat Ahmad Faizal adalah susulan kepada tindakan pemimpin tertinggi BERSATU Sabah diketuai ketuanya, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini yang mengumumkan keluar parti. 

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan pagi ini berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan negeri ditunjangi GRS - Barisan Nasional (BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan yang diterajui Anwar.

"Keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, demi perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk kita terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan," katanya. 

Turut bersama membentuk kerajaan perpaduan adalah Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN). - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad