web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Baru Saja Terima Surat Rasmi Tapi Tiada Sebab Penggantungan Dinyatakan - Hishammuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 5:18PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan sudah menerima surat rasmi memaklumkan penggantungan keahliannya daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, surat tersebut tidak menyatakan alasan penggantungan keahliannya selama enam tahun.

“Saya baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mantan Naib Presiden UMNO itu turut memuat naik surat berkenaan di Facebook.

Menerusi surat bertarikh 30 Januari itu, Ahmad hanya menyatakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan penggantungan keahlian UMNO Hishammuddin selama enam tahun bermula 27 Januari lalu atau dua penggal pemilihan MKT parti berkenaan.

Surat pengantungan yang diterima oleh Hishammuddin.
Surat pengantungan yang diterima oleh Hishammuddin.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa YB Datuk Seri (Hishammuddin) digantung hak keahlian dalam parti bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan YB melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” kata Ahmad dalam surat itu.

Ahmad dalam kenyataannya malam Jumaat lalu mengesahkan penggantungan Hishammuddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga berdepan nasib sama, manakala Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, diberi surat tunjuk sebab.

Mesyuarat sama juga membuat keputusan memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar dan lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Turut dipecat ialah sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO Pahang. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia