web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Barisan Exco Melaka Akan Libatkan Rakan Politik Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 7:02AM

Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Negeri Melaka juga berkemungkinan mewujudkan jawatan timbalan exco bagi beberapa portfolio tertentu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan exco Kerajaan Negeri Melaka yang baharu akan melibatkan rakan-rakan parti politik Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata senarai exco negeri itu telah dikemukakan kepadanya oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh semalam.

“Saya ingin mengesahkan bahawa rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat akan diperkirakan untuk digariskan dalam barisan exco yang ada.

“Pada hemat saya, ini merupakan optik (perspektif) yang baharu bukan sahaja kita menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat tetapi juga di negeri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata meskipun Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri lepas tetapi atas semangat Kerajaan Perpaduan, parti itu berhasrat berkongsi barisan exco negeri bersama parti politik dalam kerajaan itu.

Beliau yakin Ab Rauf akan mempersembahkan nama-nama barisan exco yang melibatkan beberapa perubahan dari segi portfolio dan nama kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Kerajaan Negeri Melaka juga berkemungkinan mewujudkan jawatan timbalan exco bagi beberapa portfolio tertentu.

Beliau turut berharap Ab Rauf dapat diberikan peluang untuk melakukan yang terbaik dan memberikan kesinambungan kepada pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Ditanya sama ada bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini dilapor mendakwa pertukaran Ketua Menteri Melaka yang baharu sebagai “tebuk atap”, akan digugurkan, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkannya kepada kebijaksanaan Ab Rauf.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yakin Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei ini akan dapat menjalinkan hubungan lebih baik antara ahli semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“Hakikatnya kita dalam kerajaan hari ini yang mempunyai komposisi pelbagai agama, kaum, bangsa dan latar belakang, harus menjalin rasa kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan kita,” katanya.

Pada majlis itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyampaikan replika cek Bantuan Program, Aktiviti dan Kos Operasi kepada Maahad Tahfiz Dhiya’ul Islah berjumlah RM100,000, sumbangan RM10,000 kepada Surau Jumaat Al-Husna dan sumbangan tunai kepada 100 asnaf dengan jumlah keseluruhan RM10,000. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia