web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Enggan Kembali Kepada Parti, Pemuda UMNO Hormati Keputusan Annuar Musa

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 8:59PM

Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Annuar yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada UMNO sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menghormati keputusan mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang tidak mahu menerima jemputan untuk kembali menyertai parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Annuar yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada UMNO sebelum ini.

Menurut beliau, usul berkenaan pada mulanya telah disambut baik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) baru-baru ini.

"Namun, tular pula ucapan Annuar yang menidakkan jemputan itu dan mahu menyertai PAS. Itu hak beliau yang kami hormati, walaupun kami percaya sejak dilantik menjadi senator dan menteri serta diberi peluang menjadi Ahli Parlimen mewakili parti, pastinya banyak memberi nikmat dan kelebihan buat Tan Sri dan orang di sekeliling. 

"Pastinya juga, ada telah disumbangkan beliau kepada parti. Justeru, Pemuda UMNO ingin mengucapkan terima kasih pada Tan Sri dan semua yang telah keluar dari landasan perjuangan luhur ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Tangkapan layar Facebook  Dr Muhamad Akmal Saleh
Tangkapan layar Facebook Dr Muhamad Akmal Saleh

Kelmarin, Annuar ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, Negeri Sembilan mendakwa, lebih dua juta rakyat yang selama ini menjadi penyokong UMNO, sudah meninggalkan parti itu.

Beliau yang kini menjadi ahli PAS, mendakwa UMNO sedang dikongkong dan digonggong oleh Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, barisan kepimpinan muda UMNO akan terus setia dengan parti meskipun tidak memegang jawatan yang tinggi.

"Pemimpin datang dan pergi, Insya Allah, kami barisan anak muda dan pemimpin pelapis, apatah lagi yang tidak pernah memegang jawatan besar seperti Tan Sri akan terus kekal setia untuk bersama membina rumah yang banyak berjasa pada kita ini.

"Kami akan bina rumah ini dengan semangat yang pernah Tan Sri titipkan buat kami orang muda, untuk terus setia dan berkhidmat menjaga rumah kita ini ketika Tan Sri menjadi ahli UMNO dahulu," katanya. 

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal secara terbuka menyatakan pendirian bahawa barisan kepimpinan perlu menerima semula ahli yang dipecat dan digantung. 

Jelasnya, ia memandangkan UMNO kini berada di titik terendah dan perlu menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu untuk memperkuatkan semula kedudukan parti. - Getaran, 12 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis