web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fahmi Nafi PKR Keluar Surat Tawaran Keahlian Kepada Khairy

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:09AM

Fahmi Fadzil hari ini menafikan PKR mengeluarkan surat tawaran kepada Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti itu sebagai Timbalan Presiden - Gambar Twitter Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PKR yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil hari ini menafikan PKR mengeluarkan surat tawaran kepada bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti itu sebagai Timbalan Presiden.

Perkara itu dimaklumkan Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, malam tadi.

“Surat palsu yang sedang berlegar dalam media sosial, harap maklum,” katanya sambil melampirkan gambar salinan gambar surat palsu berkenaan.

Surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR dan ditandatangani Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

Awal tahun ini, Khairy dipecat daripada UMNO atas sebab pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO dan juga kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad