web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesyuarat Khas SPR Rabu, Tentukan Tarikh Penting 6 PRN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 12:15PM

Mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Rabu ini, bagi menentukan tarikh penting untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Menurut beliau, antara perkara yang akan dibincangkan termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN)/ Dewan Undangan (DU) / Dewan Negeri (DN) bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor daripada Speaker DUN/DU/DN masing-masing.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 5 Julai iaitu pada Rabu dan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat,” katanya hari ini.

Kelantan menjadi negeri pertama membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun.

Tindakan itu disusuli Selangor keesokannya iaitu pada 23 Jun.

Pulau Pinang dan Terengganu menyusul lima hari kemudian iaitu pada 28 Jun.

DUN terakhir dibubarkan ialah Negeri Sembilan pada 1 Julai lalu. - Getaran, 3 Julai 2023
 

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini