web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ucapan Itu Dari Video Lama - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 3:34PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, video tersebut telah dikongsi semula oleh pihak tertentu dan dijadikan medan untuk menyebarkan pelbagai serta fitnah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakaman ucapan  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kini tular di media sosial adalah video lama sewaktu beliau bergelar Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mengesahkan perkara itu, Asyraf Wajdi berkata, video tersebut telah dikongsi semula oleh pihak tertentu dan dijadikan medan untuk menyebarkan pelbagai serta fitnah.

“Ada orang share balik video lama saya dan buat tuduhan dan fitnah macam-macam!

“Untuk pengetahuan video ini adalah ketika saya selaku pemimpin mahasiswa khususnya sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) waktu era reformasi 1998-2001,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Asyraf Wajdi, rakaman berkenaan memaparkan ucapan diberikan beliau selaku wakil mahasiswa dalam Majlis Pelancaran Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

“Waktu itu, Allahyarham turut berucap dan melaungkan reformasi.

“Walaupun ayah saya waktu itu adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), saya berbeza pandangan dengan beliau waktu itu selaku anak muda dan pemimpin mahasiswa,” katanya.

Tegasnya, beliau adalah antara pemimpin mahasiswa yang lantang mengkritik Dr Mahathir, malah turut terlibat secara langsung dalam siri demonstrasi jalanan.

“Sebab itulah saya bersikap terbuka dan amat meraikan sifat kritis, ‘anti-establishment’ anak muda terutamanya mahasiswa yang seharusnya punya idealisme, harapan serta semangat untuk melihat negara yang lebih baik, adil, sejahtera dan saksama.

“Cuma bezanya waktu saya memimpin mahasiswa, saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik kerana percaya mahasiswa perlu kekal sebagai ‘non-partisan’ yang boleh bersetuju dan tidak bersetuju, menyokong serta mengkritik sesiapa sahaja berteraskan ilmu dan idealisme tanpa mengikat diri dengan mana-mana parti,” katanya.

Asyraf Wajdi menarik perhatian, beliau dipelawa menyertai UMNO oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi sekembalinya dari menamatkan pengajian di United Kingdom (UK) dalam peringkat Doktor Falsafah pada 2008.

“Sejak itu saya bersama UMNO dan masih setia sehingga ke hari ini.

“Saya masih yakin UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu dan boleh mempertahankan agenda Islam dan kepentingan Melayu-Bumiputera,” katanya.

UMNO bagaimanapun jelas beliau, wajib memperbaiki segala kesalahan dilakukan sebelum ini.

“Sebagai parti lama yang tidak maksum, segala kepincangan, kesilapan serta kelemahan lampau wajib diperbaiki demi sebuah perjuangan yang diberkati dan dirahmati,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka