web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Guna Isu 3R Boleh Dielak, Ahli Politik Perlu Komited - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 9:32AM

Lim Kit Siang berkata, enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang pasti menyaksikan kemunculan kuasa politik tidak bertanggungjawab yang akan cuba mencetuskan perselisihan kaum dan agama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Salah guna isu 3R (agama, kaum dan raja) boleh dielakkan seandainya semua ahli politik komited ingin berkhidmat untuk  semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur atau jantina.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang pasti menyaksikan kemunculan kuasa politik tidak bertanggungjawab yang akan cuba mencetuskan perselisihan kaum dan agama.

Menurut beliau, orang ramai tidak boleh membiarkan diri mereka termakan dengan perangkap itu, kerana perasaan perasaan kebencian atau ketegangan antara kaum dan agama tidak wujud di Malaysia.

“Saya mahu melihat Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia, beranikah PAS untuk menyokong cita-cita ini?

“Seorang pemimpin PAS telah menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap DAP kerana kononnya menyalahguna isu 3R (agama, kaum, dan raja) sebelum PRN akan datang.

“Inilah contoh penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang disebarkan oleh PAS di bawah pimpinan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum enam PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Jelas Kit Siang, DAP sejak pilihan raya umum (PRU) pertama pada 1969 telah menampilkan calon yang mewakili semua kaum dan agama.

“Dua calon Melayu Islam telah diundi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang daripada mereka, Ibrahim Singgeh telah menang di kerusi DUN Tapah Road dengan 3,319 undi berbanding 2,986 undi yang diperolehi oleh calon Perikatan dan 753 undi yang diperoleh calon PAS. Beliau juga telah diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak DAP untuk PRU 1974,” katanya.

Tegas bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 1999 telah mengorbankan kerusi parlimen Kota Melaka dan dimasukkan ke penjara semata-mata untuk mempertahankan maruah seorang gadis Melayu yang masih di bawah umur.

“Adakah mana-mana pemimpin PAS yang telah membuat pengorbanan untuk mana-mana gadis Melayu bawah umur sebegini, apatah lagi untuk mana-mana wanita Malaysia dari kaum atau agama lain?

“Pemimpin PAS telah membuat tuduhan tidak berasas mengatakan kononnya DAP menggunakan isu 3R (sedangkan mereka) mahu mengalihkan kritikan sah terhadap pemimpin PAS yang secara tidak bertanggungjawab telah menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dalam kempen untuk enam PRN akan datang, malah dia sendiri telah menjadi contoh perbuatan sebegini,” katanya.

Bidas Kit Siang, sememangnya sudah diketahui umum bahawa Abdul Hadi telah membuat pelbagai tuduhan tidak berasas dan bersifat jahat terhadap DAP.

Ahli Parlimen Marang itu jelas Kit Siang lagi, turut menyerang beliau secara peribadi dengan pelbagai tuduhan, termasuk anti Melayu, anti Islam, anti Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.

“Tetapi apabila dicabar berkali-kali untuk membuktikan tuduhan-tuduhan tidak masuk akal ini, dia gagal untuk berbuat demikian.

“Hadi telah melancarkan serangan buruk terhadap saya semasa Hari Raya Aidilfitri, tetapi saya tidak ada kata-kata buruk terhadapnya dan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Hadi dan PAS,” katanya.

Kit Siang memberitahu, beliau juga telah menasihati seorang pengguna media sosial agar menarik semula doanya yang mendoakan kematian Hadi sewaktu pemimpin utama PAS itu sedang dirawat di hospital, baru-baru ini.

 “Saya turut mendoakan Hadi agar segera sembuh,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang