web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Aneh Tun M Beri Makna Baharu Pada Politik Kotor - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 9:05AM

Lim Kit Siang berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja telah berbaik semula dengan individu yang digelarnya pengkhianat, bahkan beliau turut menyerang seorang ahli politik dari kalangan generasi muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Tindakan aneh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mutakhir ini telah memberi makna baharu kepada istilah politik kotor.

Menegaskan perkara itu, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir bukan sahaja telah berbaik semula dengan individu yang digelarnya pengkhianat, bahkan beliau turut menyerang seorang ahli politik dari kalangan generasi muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyifatkan Presiden MUDA berkenaan sebagai ‘ancaman’ kepada kaum Melayu.

“Saya sudah berada dalam arena politik Malaysia selama hampir 58 hampir, tetapi saya tidak pernah menyedari apa-apa cubaan daripada orang bukan Melayu untuk mengubah nama Malaysia, atau kononnya usaha mempromosikan Malaysia majmuk yang berbilang kaum bertentangan dengan Pelembagaan Persekutuan.

“Amaran Dr Mahathir yang kononnya Malaysia akan kehilangan keahlian dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sekiranya kita mempromosikan Malaysia majmuk berbilang kaum mematahkan hujahnya sendiri, kerana Malaysia masih menjadi ahli OIC,” katanya.

Jelas Kit Siang, Malaysia malah mempunyai kadar peratusan populasi Muslim lebih tinggi berbanding 14 negara OIC yang lain.

“Adakah Dr Mahathir cuba mengatakan yang OIC akan kehilangan suku dari negara ahlinya?

“Enam pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan bakal menentukan sama ada apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir ini diterima di Malaysia,” katanya.

Kesal dengan pendirian mantan Pengerusi PEJUANG itu, beliau berpendapat, adalah amat menyedihkan apabila individu yang pernah dua kali menyandang portfolio Perdana Menteri kini bersekongkol dengan ahli politik yang sudah didedahkan sebagai tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal.

“Adakah Dr Mahathir akan mengatakan yang pemerintahan keduanya didominasi DAP?

“Dalam bukunya, ‘Capturing Hope’, yang ditulis selepas dia dijatuhkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton pada Februari 2020, Mahathir antara lain menulis, beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah jalan terbaik untuk Malaysia,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menarik perhatian, Dr Mahathir melalui buku berkenaan juga berkata, kerajaan PH dalam masa yang singkat berjaya melakukan banyak perkara untuk memperbetulkan salah laku golongan kleptokrat.

“Jelas Dr Mahathir, kerajaan PH telah dikhianati. Beliau menulis perkara ini pada bulan September 2021. (Kini) Dia telah berbaik-baik semula dengan ‘pengkhianat’ ini.

“Adakah Dr Mahathir masih berpegang dengan apa yang ditulis dan dikatakannya sebelum ini,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah