web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: Ahmad Yakob Akui Lepas Jawatan Sebab Masalah Kesihatan 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 7:01PM

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui masalah kesihatan adalah faktor utama beliau mahu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan yang disandangnya selama dua penggal sejak 6 Mei 2013.

Ahmad yang juga penyandang dan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan bermula sejak Pilihan Raya Umum Kesembilan (1995) berkata masalah keuzuran itu juga sudah dimaklumkan kepada Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini.

"Saya sudah dua kali jatuh dan ada 'slip disc' sikit. Selain itu saya juga ada masalah jantung.

"Jadi kalau boleh saya tidak mahu menjadi Menteri Besar lagi sebab faktor umur dan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini yang memaklumkan beliau menolak untuk terus menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti disebabkan masalah keuzuran dan perlu menjalani rawatan kesihatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan semalam turut mengumumkan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir parti itu dijangka akan memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu selepas PRN ini.

Dalam pada itu Ahmad mengakui bukan mudah menjadi seorang Menteri Besar kerana ia adalah satu tanggungjawab yang berat termasuk perlu tahan diuji.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar yang baharu, Ahmad berkata sebanyak tiga nama akan dikemukakan kepada Presiden Parti.

"Biasanya kita akan hantar kepada Presiden (Abdul Hadi) dan beliau akan membuat pengkhususan.

Kemudian nama-nama ini akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan," katanya.

Pada PRN kali ini, Ahmad ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Zamakh Sari Ibrahim dalam pertembungan satu lawan satu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan