web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PH-BN Pertimbang Fail Petisyen 4 Kerusi - Amirudin

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Aug 2023 11:49AM

Amirudin Shari - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya, bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN), dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, semalam.

Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata antaranya ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan adalah rendah.

Beliau berkata keputusan bagi empat kerusi tersebut menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

“Selain majoriti yang rendah, kita juga ambil maklum ada beberapa hal yang boleh dipertimbang untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis.

“Pasukan peguam akan membuat penelitian lanjut mengenai kes di semua kerusi ini, sebagai pertimbangan dalam membuat petisyen,” katanya ketika sidang media pada majlis pengumuman keputusan PRN Selangor di sini hari ini.

Sidang media itu turut disertai pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abd Aziz.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain โ€“ Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain โ€“ Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu