web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tak Perlu Suruh Zahid Letak Jawatan, Jangan Melatah!’ - Puad 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 2:06PM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persembahan buruk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Sabtu lalu bukan kesalahan mutlak Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, akar umbi tidak perlu menuding jari kerana kekalahan tersebut ialah beban bersama.

Menurut beliau, mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan bukan penyelesaian kondusif kerana semua pihak harus bertanggungjawab.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin angkuh bila menyuruh Zahid meletakkan jawatan.

“Bila Perikatan Nasional (PN) kalah teruk di Melaka dan Johor, dia tidak letak jawatan, dia kekal sebagai Presiden BERSATU sedangkan dia (juga) kluster mahkamah,” katanya.

Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, parti berkenaan wajar menarik kembali sokongan pengundi Melayu dan semua menteri yang bernaung di bawah UMNO harus lebih serius menjayakan agenda Melayu serta rakyat.

“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam kerajaan perpaduan. Pakatan Harapan (PH) - BN wajib mengukuhkan kerjasama. Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya.

Mohd Puad bagaimanapun mengakui,  laluan UMNO masih berliku dengan keputusan buruk berkenaan. 

“Menang 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi. UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu.

“Bukan mudah untuk UMNO mencari formula baharu. Tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, calon yang kalah dan berusia 45 tahun dinasihatkan agar tidak lagi bertanding di pilihan raya akan datang. 

“Jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon. Tampilkan ayam sabung tulen.

“Menteri UMNO mesti deliver. Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO. Parti perlu naratif baharu yang sampai kepada pengundi,” katanya. - Getaran, 14 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 8 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia