web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 12:09PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI sempena kempen Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri Pelangai pada 2 Oktober lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memasuki hari terakhir hari ini, dan esok adalah hari penentuan calon yang bakal dipilih 16,456 pengundi sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu.

Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam; calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni. 

Ia diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, meninggal dunia dalam nahas pesawat yang terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. 

Bagi proses pengundian yang bermula jam 8 pagi hingga 6 petang esok, sebanyak sembilan pusat mengundi biasa melibatkan 30 saluran dibuka, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah  anggota polis, manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. 

Bagaimanapun, PRK DUN Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lepas, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Bagi tiga calon yang bertanding, hanya Kasim yang akan mengundi esok iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi, memandangkan Amizar dan Haslihelmy masing-masing adalah pengundi di DUN Ketari, juga dalam Parlimen Bentong. 

Dalam pada itu, semakan di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di daerah Bentong pada sebelah pagi dan malam, manakala ribut petir di satu dua tempat pada waktu petang.

Sepanjang tempoh berkempen, baik BN mahupun PN memanfaatkan setiap minit yang diberikan untuk mendekati seramai mungkin pengundi, sama ada secara rumah ke rumah, aktiviti mahupun ceramah, sebelum dilihat lebih agresif sebaik sahaja memasuki minggu kedua.  

Kedua-dua parti menampilkan pemimpin utama mereka seperti BN yang bukan hanya dibantu Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi juga mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain kemunculan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob yang juga ADUN Pelangai selama 36 tahun sejak 1986. 

PN juga tidak ketinggalan dengan menampilkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, selain bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang 'turun padang' membantu kempen. 

Berbanding dua calon parti, Haslihelmy yang menggunakan simbol kereta pula berkata, kempennya adalah secara 'senyap-senyap secara bersemuka' dengan dibantu ahli keluarga, yang menyaksikan tiada bendera atau posternya digantung sekitar DUN Pelangai. 

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi). - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 6 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 7 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Politik 7 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000