web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Hujan Berterusan Pada Hari Penamaan Calon, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 9:40PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Orang ramai yang terlibat secara langsung dengan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu ini dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan keadaan cuaca serta perubahan persekitaran.

Pengarah Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, ia berikutan cuaca pada Sabtu ini diramalkan hujan dari pagi hingga petang.

“Disebabkan amaran hujan berterusan sedang berkuat kuasa, orang ramai diminta mendapatkan status keadaan cuaca dan juga paras air sungai yang terkini sebelum melakukan apa-apa aktiviti.

“Berhati-hati memandu dan jaga keselamatan diri serta peka dengan perubahan di persekitaran sekiranya terlibat secara langsung dalam proses penamaan calon,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula dalam kenyataan hari ini menjangka hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta Sabah sehingga 22 November ini.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Di Pahang, Johor Sehingga 14 Januari

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Penumpuan Angin Dijangka Berlaku Di Pantai Timur, Utara Semenanjung

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia