web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2023 1:52PM

Petugas SPR menampal kertas di tempat mengundi disediakan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen emaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.

Sejak pusat mengundi dibuka 8 pagi tadi, keadaan cuaca cerah berterusan di seluruh Kemaman, walaupun sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa kawasan di sini sepanjang hari.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata trend keluar mengundi pada PRK itu meningkat sekitar lapan peratus setiap jam dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama. 

Beliau sebelum ini menyasarkan peratusan mengundi boleh mencapai hingga 70 peratus daripada keseluruhan 141,043 pengundi berdaftar, bergantung kepada keadaan cuaca.

Secara keseluruhan, sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 November lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS. - BERNAMA  

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 12 Pasukan Op Cantas Ditempat Di Lokasi Hotspot - Polis

2

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pusat Undi Dibuka Jam 8 Pagi

3

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pilihan Pengundi Terjawab Hari Ini

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Rangsangan Dalam Aspek Keselamatan Jika Bekas PAT Jadi Wakil Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang