web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: 12 Pasukan Op Cantas Ditempat Di Lokasi Hotspot - Polis

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 1:34PM

Mazli Mazlan (kanan) ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Sultan Ismail - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Polis mengaktifkan 12 pasukan Op Cantas bagi memastikan perjalanan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini, berjalan lancar tanpa gangguan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pasukan itu ditempatkan di beberapa kawasan titik panas yang telah dikenal pasti di sekitar Parlimen berkenaan.

“Setakat ini tak ada (lagi) apa-apa maklumat (kekecohan) tentang kawasan panas tetapi kita tempatkan 12 pasukan Op Cantas di kawasan yang kita kenal pasti,” katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Sultan Ismail di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 112 anggota trafik turut ditugaskan untuk melancarkan lalu lintas dan memudahkan semua pengundi sampai ke pusat mengundi dengan selamat dan cepat.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi yang ditemui ketika meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh di sini, menyeru pengundi untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum hujan yang dijangka berlaku petang ini.

“Tempat mengundi ini teratur dan saya ucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya menguruskan tempat ini dengan baik. Proses pengundian juga berjalan dengan baik,” katanya.

Ahmad Samsuri pula yang ditemui di SK Kerteh, di sini menjangkakan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada 70 peratus yang disasarkan SPR.

“Alhamdulillah cuaca baik… walaupun ramalan sebelum ini (memaklumkan) kita mungkin menghadapi risiko hujan, kita harap cuaca begini bertahan hingga petang,” katanya.

Menurut SPR, 42 peratus daripada 141,043 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat 1 tengah hari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

2

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pusat Undi Dibuka Jam 8 Pagi

3

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pilihan Pengundi Terjawab Hari Ini

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Rangsangan Dalam Aspek Keselamatan Jika Bekas PAT Jadi Wakil Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'