web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Rangsangan Dalam Aspek Keselamatan Jika Bekas PAT Jadi Wakil Rakyat

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Dec 2023 8:47AM

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Prospek pemilihan bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) sebagai perwakilan di Dewan Rakyat menawarkan peluang berharga dalam usaha memperkasa cabang perundangan dengan pandangan pakar berhubung isu keselamatan dan pertahanan negara.

Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilihat berpotensi melakar sejarah tersendiri jika memenangi Pilihan Raya Kecil Kemaman Sabtu ini, sekali gus menjadikan beliau pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama yang menyertai Dewan Rakyat.

Kehadiran calon Barisan Nasional itu sebagai bekas pegawai tertinggi ATM dalam kalangan 222 Ahli Parlimen mampu menyumbang secara signifikan dalam membahaskan isu mengenai angkatan tentera, selain meningkatkan penggubalan dasar yang berkesan dan bermaklumat berkaitan keselamatan negara.

Mengharapkan yang terbaik, Raja Mohamed Affandi, yang berkhidmat selama 43 tahun dalam tentera sebelum menerajui ATM pada 2016, bersetuju bahawa selain menabur bakti di Kemaman, pengalaman beberapa dekad dalam pasukan itu mungkin berguna apabila perlu menggubal akta mengenai keselamatan.

"Kalau dikatakan berkenaan bekas jeneral, ada lagi bekas jeneral dalam Parlimen, Ketereh adalah bekas jeneral namun sebagai PAT, saya adalah yang pertama, berbanding sini, apa saya boleh bawa? Saya boleh bawa apa yang boleh dibawa oleh seorang ahli politik, apa denyut nadi kehendak, keperluan kawasan itu.

"Dari segi keselamatan dan pertahanan, saya punyai pengalaman di situ, mungkin input itu dapat bantu sama ada buat polisi, dasar, dalam buat keputusan dan memberi input yang dapat buat keputusan yang baik," katanya kepada BERNAMA.

PRK Sabtu ini menyaksikan Raja Mohamed Affandi menentang Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang mewakili PAS dalam pertembungan satu lawan satu. 

Sivamurugan pula berpandangan perkara paling penting bagi seorang Ahli Parlimen adalah keupayaan membangkitkan sesuatu isu dan membahaskannya secara rasional serta praktikal.

“Latar belakang sebenarnya tidak begitu penting. Tan Sri Affandi ada ketokohan yang memberi nilai tambah iaitu latar belakang beliau sebagai PAT," katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa beliau berdepan perjalanan yang sukar untuk meraih kemenangan di Kemaman kerana BN sebelum ini tewas di kerusi itu dengan majoriti lebih 27,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika menang, Raja Mohamed Affandi akan menjadi wakil rakyat tunggal pembangkang di Terengganu, sekali gus memecahkan penguasaan PAS di semua lapan kerusi Parlimen termasuk Kemaman dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. 

PAS sebaliknya mencadangkan supaya pengundi di Kemaman memilih Ahmad Samsuri. Beliau bukan hanya Menteri Besar tetapi juga pakar aeroangkasa, menjadikan beliau pencabar yang cukup menggerunkan kepada Raja Mohamed Affandi.

Penganalisis jenayah dan keselamatan, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kedua-dua calon mempunyai kelebihan serta pengalaman tersendiri yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Tidak syak lagi mereka ada pengalaman masing-masing tetapi ini tak mencukupi kecuali kalau mereka diberi portfolio yang spesifik. Kalau berada di Dewan Rakyat, kalau hanya bertugas untuk beri cadangan, rugi. Berikan mereka ini portfolio, mungkin kepakaran mereka dapat digunakan dengan lebih baik," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan jika Raja Mohamed Affandi dipilih, beliau bukan sekadar menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen. 

“Dengan kedudukan beliau, saya percaya jika beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau sudah tentu tidak mahu menjadi wakil rakyat yang biasa sahaja. Kita perlu memberikan tugasan kepada beliau bagi memastikan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Perdana Menteri, jadi pastikan calon BN ini menang,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

2

Semasa 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 12 Pasukan Op Cantas Ditempat Di Lokasi Hotspot - Polis

3

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pusat Undi Dibuka Jam 8 Pagi

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pilihan Pengundi Terjawab Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah