web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Pilihan Pengundi Terjawab Hari Ini

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 7:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seramai 141,043 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini.

Tepat pukul 8 pagi nanti, 49 pusat mengundi dengan 244 saluran akan dibuka sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di Chukai.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu boleh mencapai sehingga 70 peratus, namun bergantung kepada keadaan cuaca, yang diramalkan hujan sepanjang hari di kawasan parlimen berkenaan hari ini.

Secara keseluruhan 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Bagaimanapun semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 November lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

PRK Kemaman merupakan PRK keenam diadakan selepas PRU15 pada 19 Nov lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu, PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 Sept, PRK DUN Pelangai pada 7 Okt dan PRK Parlimen Jepak pada 4 November. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

2

Semasa 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 12 Pasukan Op Cantas Ditempat Di Lokasi Hotspot - Polis

3

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Pusat Undi Dibuka Jam 8 Pagi

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: Rangsangan Dalam Aspek Keselamatan Jika Bekas PAT Jadi Wakil Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global