web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 1:20PM

Dr Edmund Santhara Kumar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan dikeluarkan kerajaan bagi pembangunan masyarakat bukan Islam boleh dijimatkan jika kerajaan memperkenalkan cukai mudarat atau sin tax.

Bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar berkata, kerajaan pada 2022 mengutip RM8 bilion menerusi perniagaan judi dan alkohol dan jumlah sebanyak  itu sudah memadai untuk digunakan bagi membangunkan komuniti bukan Islam.

Memberikan contoh, Edmund berkata, jumlah terbabit berupaya menyelesaikan pelbagai masalah, termasuk yang dihadapi kumpulan minoriti.

“Kalau 10 peratus daripada RM8 bilion itu diagihkan kepada komuniti bukan Islam, dan sekitar RM300 juta lagi diperuntukkan untuk masyarakat India, banyak isu penting dapat diselesaikan menjelang 2030.

“Bakinya boleh digunakan untuk pembangunan masyarakat Cina dan lain-lain etnik yang tidak beragama Islam. Saya optimis pelaksanaan (cukai mudarat) ini mampu menyelesaikan banyak perkara,” katanya kepada Getaran.

Jelas Edmund, pelaksanaan cukai terbabit bagaimanapun hanya sekadar cadangan dan terpulang kepada pihak berwajib untuk melihat jika ia berpotensi untuk diperhalusi lebih lanjut.

“Ini sekadar cadangan  dan saya memang berharap ia dapat dipertimbangkan untuk pelaksanaan.

“Walaupun negara dibarisi pemimpin yang berpegang kepada pelbagai idealogi politik, hakikatnya keutamaan tetap untuk rakyat,” katanya.

Beliau menarik perhatian, aspek pemerkasaan dan taraf kehidupan rakyat harus kekal sebagai objektif utama walaupun berbeza fahaman politik.

“Bantuan harus diperlukan kepada pihak yang memerlukan, tanpa mengira di kem mana mereka berada.

“Segala janji yang diberi ketika mahu memancing undi perlu ditunaikan, jangan sehingga ia terbiar sepi,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan