web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sock Tao Mahu Kota Janji, Akan Pindah Ke KKB Secepat Mungkin

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2024 9:12AM

Pang Sock Tao (tengah) dikerumuni penyokongnya sebaik sahaja sah memenangi PRK KKB malam tadi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Wakil rakyat baharu Kuala Kubu Bharu (KKB), Pang Sock Tao akan mengotakan janjinya untuk segera berpindah ke kawasan itu selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB malam tadi.

Katanya, beliau tidak melupakan janjinya itu dan berikrar untuk menjadi wakil rakyat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya akan cari rumah dan pindah ke Kuala Kubu Bharu secepat mungkin,” janjinya kepada media ketika ditemui selepas rasmi memenangi pertandingan empat penjuru itu malam tadi.

Sock Tao memberi jaminan, beliau tidak akan leka dengan kemenangan diperoleh, sebaliknya ia dijadikan pembakar semangat untuk segera bekerja keras bertemu pengundi.

"Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah mendengar aduan pengundi Kuala Kubu Bharu dan mencari masalah dihadapi penduduk tempatan yang memerlukan penyelesaian segera. 

“Saya akan bekerjasama dan bergerak sebagai (satu) pasukan (untuk) selesaikan masalah tempatan demi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PH menang di  kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi dalam pertandingan empat penjuru pada PRK kali ini. 

Sock Tao memperoleh 14,000 undi, menewaskan pencabar terdekat iaitu calon Perikatan Nasional (PN),  Khairul Azhari Saud yang meraih 10,131 undi.

Calon PRM, Hafizah Zainuddin pula memperoleh 152 undi manakala calon Bebas Nyau Ke Xin mendapat 188 undi.

Kedua calon tersebut juga hilang wang deposit kerana gagal melepasi jumlah minimum undi.

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi 4,119. - Getaran, 12 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK KKB: Kemenangan PH Beri Isyarat Untuk Terus Kerja Kuat Tarik Pelabur, Perkuat Ekonomi - Anwar

2

Politik 1 bulan yang lalu

PH Pertahan Kerusi Kuala Kubu Bahru

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Pusat Mengundi PRK Kuala Kubu Bharu Ditutup Secara Rasmi

4

Politik 1 bulan yang lalu

Sudah Dilarang, Tapi Masjid Masih Dijadikan Pentas Berpolitik

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air