web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PN Kalah Di PRK KKB Kerana Silap Sendiri - Aktivis

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 4:10PM

Pemimpin kerajaan turut sama menghadiri ceramah - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekalahan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) sebenarnya berpunca daripada ulah mereka sendiri.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, ramai penganalisis menjangkakan pertarungan sengit pada PRK itu, khususnya antara Kerajaan Perpaduan (UG) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, majoriti penganalisis UG mampu meraih kemenangan dengan majoriti tipis.

“Namun lain yang terjadi. Walaupun peratus keluar mengundi berkurang hampir 10 peratus berbanding PRN6, UG menang bergaya. Majoriti 3,869 undi. 

“Semua kategori undi UG meningkat. Peningkatan undi popular ke undi semua kaum. Yang dikatakan kaum India akan lari ke PN, rupanya undi mereka terhadap UG lebih banyak dari PRN,” katanya.

Liyana Marxuki - Gambar Fail
Liyana Marxuki - Gambar Fail

Liyana berkata, PRK KKB juga merekod perkembangan mengejutkan apabila 70 peratus penjawat awam mengundi calon kerajaan.

“Pertama kali terjadi ketika PRK yang ada. Yang menambah garam ke luka, ada lima pusat undi yang majoriti Melayu sudah kembali mengundi UG.

“Mengambil kira ia hanya PRK, ini bukan menang kecil-kecil  anak. Ini menang boleh mendabik dada. Referendum 10 negeri di Malaysia akan turut mengundi pattern sama. Cuma SG4 (State Government 4) saja yang perlu ditangani lain masa,” katanya.

Jelas bekas peguam itu, beliau optimis keputusan PRK KKB mengejutkan pembangkang.

“Saya percaya PN terkezutttttt (terkejut) juga. Minggu terakhir, bila Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan sudah bunyi desperate, saya tahu mereka tahu nak kalah. Diancam nya pengundi KKB, kalau PH (Pakatan Harapan) menang, mereka confirm lawan di mahkamah. Siap kata kena undi PN kalau taknak undi sekali lagi. Kenyataan gila dan hodoh sekali. 

“Pada saya, UG menang bukan bermaksud rakyat sudah suka gila dengan kerajaan. Banyak juga mereka belum berkenan, namun mereka lagi kureng (tidak suka) dengan pembangkang. Bawa politik benci dan adu domba. Mainkan isu kaum dan agama. Rakyat dah letih sebenarnya,” katanya. 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) turut hadir menyokong kempen kerajaan - Gambar X
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) turut hadir menyokong kempen kerajaan - Gambar X

Tegas Liyana, kekalahan PN tidak lain tidak bukan berpunca daripada kelancangan barisan pemimpin mereka.

“PN kalah sebab banyak pemimpinnya mulut puaka. Sindrom kerana santan pulut binasa. Isu sekolah dan sijil oleh (Ahmad) Fadhli Shaari, such a bad taste. Menjerut leher sendiri bila nak hentam sekolah vernakular. Terpaksa di-cover oleh WAF (Wan Ahmad Fayhsal). Itu pun kantoi juga, bila ARMADA berdolak dalih. Dulu cakap lain sekarang lain. 

“Setiausaha Agung PAS, ‘bertaki-taki ramba’ depa (mereka) gelar. Ugut pengundi, ugut ahli sendiri. Hari terakhir masih buat politik benci, dok ulang-ulang kes Perdana Menteri. Kalau berlebihan, akan backfired. Dari nak buat benci, orang akan kasihan pula,” katanya.

Beliau menarik perhatian, rakyat sudah letih dengan politik kebencian dan hanya mahu melihat pemimpin diundi menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Ternyata referendum rakyat di KKB, bukan untuk UG. Tetapi untuk Pembangkang. Jangan jadi pembangkang mediocre.. Bagi calon pun biasa-biasa saja. Cara berkempen pun masih takuk lama. Dok asyik mainkan isu kaum dan agama. It won’t be sustainable, kalau nak memerintah negara berbilang bangsa. 

“Udah-udah la tu bawa politik kebencian. Sekarang masa pengundi nak tengok politik khidmat pula. Kita mengundi bukan hanya untuk kaum dan agama. Yang lebih penting undi itu untuk negara,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2024

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Politik 22 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan