web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Speaker Kelantan Umum Kerusi DUN Nenggiri Kosong

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 4:51PM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan (DUN) Nenggiri sekali gus memungkinkan pilihan raya kecil diadakan.

Kekosongan kerusi yang disandang wakil rakyat BERSATU, Mohd Azizi Abu Naim itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkuatkuasa hari ini.

"Saya ingin mengumumkan hari ini bahawa DUN telah diberitahu bahawa keanggotaan ADUN BERSATU N45 Mohd Azizi Abu Naim telah dibatalkan.

"Berikutan itu, Dewan Undangan Negeri telah mengisytiharkan kerusi tersebut kosong dan akan menyerahkan pemberitahuan ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri hari ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut beliau, kekosongan kerusi negeri DUN berkenaan adalah berdasarkan Artikel 31 perlembagaan negeri.

Katanya, surat pemakluman itu akan disampaikan kepada SPR Rabu ini.

"Dari segi peraturannya, kita akan ada pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula hari ini," katanya.

Mohd Azizi merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan turut menyandang portfolio ADUN Nenggiri.

Terdahulu, BERSATU membatalkan keahlian enam Ahli Parlimen parti berkenaan dengan serta-merta dan pemberitahuan telah dikeluarkan kepada semua Ahli Parlimen tersebut.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, notis pemberitahuan dihantar mengikut arahan dikeluarkan oleh majlis tertinggi BERSATU yang bersidang pada 7 Jun.

Katanya, enam Ahli Parlimen tersebut  gagal memberikan respon terhadap arahan bertulis dari majlis kepemimpinan tertinggi parti untuk berikrar taat setia.

Ahli Parlimen itu adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). - Getaran, 19 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

4

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia