web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukar Berhenti Merokok? Jangan Risau, Ada Caranya!

Kempen #SamaSamaStop anjuran Johnson & Johnson Malaysia dengan KKM sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 9:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk membentangkan Draf Rang Undang-Undang Merokok, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini siap siaga dalam memperkasakan semua aktiviti program berkaitan Kawalan Tembakau sedia ada.

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, “Rokok dan rokok elektronik (vape) telah terbukti menyebabkan banyak implikasi kesihatan.

“Ia memberi beban kepada sistem kesihatan negara. Dianggarkan 3.2 bilion dibelanjakan untuk merawat tiga penyakit berkaitan rokok termasuk kanser, COAD (Chronic Obstructive Airway Disease) dan penyakit kardiovaskular. 

“Selain itu, trend vape juga amat membimbangkan. Kesan kesihatan akibat EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury) telah terbukti menambah kos rawatan kesihatan,” jelasnya.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, dianggarkan terdapat kira-kira 4.7 juta perokok di Malaysia. 

“Selaras dengan pengumuman Rang Undang-Undang tembakau oleh menteri, saya menggesa semua perokok untuk berhenti merokok atau menghisap vape bagi menghindari penyakit. 

“Implikasi kesihatan pastinya akan memberikan kesan kepada produktiviti. Kajian menunjukkan kehilangan produktiviti dianggarkan bernilai RM274.3 bilion,” jelas Hisham lagi.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Gambar: Sairien Nafis
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Gambar: Sairien Nafis

Menurut pengamal farmasi, Yong Wen Mei, “Merokok merupakan penyebab terbesar kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kematian yang boleh dicegah.

“Merokok juga merupakan salah satu faktor risiko yang paling biasa bagi empat kumpulan NCD utama seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit paru-paru kronik dan diabetes.

“Kami faham usaha untuk berhenti merokok adalah sangat sukar kerana perokok mungkin menghadapi halangan yang berbeza sepanjang perjalanan mereka untuk berhenti.

“Oleh itu, adalah sangat penting bagi mereka untuk bersedia menghadapi cabaran yang menanti dan mengetahui cara untuk mengatasinya,” ujarnya.

Tambah Mei, sokongan keluarga dan rakan-rakan sangat penting kerana ia membantu perokok menguruskan salah satu pengorbanan dan penyelesaian paling sukar dalam kehidupan mereka.

Perokok tegar yang ingin berhenti merokok boleh sentiasa mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi yang bertauliah tentang rancangan ingin berhenti merokok mereka.

Penilaian akan dibuat berdasarkan tabiat merokok individu tersebut sebelum mereka disyorkan dengan produk yang sesuai untuk mereka. 

Yong Wen Mei (kiri) dan Chin Keat Chyuan (kanan)
Yong Wen Mei (kiri) dan Chin Keat Chyuan (kanan)

Bagi membendung permasalahan ini, KKM juga telah bekerjasama dengan para doktor, badan bukan kerajaan dan syarikat swasta untuk menyusun program berstruktur iaitu mQuit Services.

Program murni ini melibatkan beberapa rakan kongsi termasuk ahli kesihatan, ahli akademik serta syarikat gergasi, Johnson & Johnson Malaysia (J&JM)

“Sejak penubuhan mQuit Services pada 2015, kami berbesar hati dengan sokongan dan komitmen yang diberikan J&JM dalam program perkongsian awam-swasta peringkat kebangsaan ini.

“Kekurangan akses kepada perkhidmatan berhenti merokok merupakan halangan utama yang menyebabkan perokok gagal untuk meninggalkan tabiat merokok mereka,” ujar Hisham.

Saban tahun di Malaysia, dianggarkan lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia direkodkan melibatkan tabiat merokok.

Hasrat berhenti merokok mungkin mencabar, namun dengan bantuan produk Terapi Pengganti Nikotin (Nicotine Replacement Theraphy, NRT) seperti Nicorette, ia mungkin menjadi lebih mudah.

Nicorette membantu melegakan ketagihan dan mengurangkan keinginan nikotin yang sering dialami perokok apabila mereka berada di fasa awal berhenti merokok.

Pengarah Urusan J&JM, Chin Keat Chyuan, “Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Nicorette berganding bahu bersama mQuit Service dan KKM.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat membantu 25,000 perokok di Malaysia dalam mengorak langkah pertama #SamaSamaStop merokok mereka.

“Mereka boleh mengunjungi mana-mana farmasi yang mengambil bahagian untuk mendapatkan rundingan percuma dan menerima pelan berhenti merokok yang bersesuaian,” ujar Chyuan.

Program mQuit Service diwujudkan bagi menambahbaik prasarana perkhidmatan berhenti merokok di negara ini.

Perkhidmatan yang disediakan oleh mQuit Services termasuklah membantu perokok dalam rancangan mereka untuk berhenti merokok dengan menyediakan sumber dan nasihat yang betul.

Program ini turut menawarkan sesi rundingan bersama pakar perubatan. Ia membolehkan perokok memiliki peluang yang lebih cerah dalam perancangan berhenti merokok dengan jayanya.

“Sekali lagi, saya amat menggalakkan perokok untuk menjadi sebahagian daripada program mQuit Service,” akhiri Hisham.

Layari mQuit Services untuk maklumat lanjut. – Getaran, 10 Jun 2022

Gambar: Johnson & Johnson Malaysia



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

oleh Rahayu MN

Gaya 4 jam yang lalu

Pakaian Rasmi Sukan Olimpik Mengecewakan Rakyat Malaysia

Ramai yang berpendapat rekaan baju ketinggalan zaman dan hanya setaraf untuk acara sukan peringkat sekolah

oleh Rahayu MN