web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi Masa Depan Negara, Pelajar Sekolah Dididik Tentang Kepentingan Kitar Semula

Bagi menangani pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa di negara ini, Etika dan Hiroyuki bekerjasama dengan KPDNHEP untuk kempen ‘Let’s Rescue PET Bottles’ dalam kalangan pelajar sekolah. 

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 6:27PM

Kempen ini mendapat sokongan dan dianjurkan bersama KPDNHEP di pasar raya MyTown, Kuala Lumpur. - Gambar ihsan Etika Holdings

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencemaran plastik telah menjadi salah satu isu utama yang memberi kesan terhadap alam sekitar. Sehubungan itu, banyak syarikat mengambil langkah hijau seperti kempen kitar semula.

Demi membina masa hadapan Malaysia yang cerah, syarikat pengeluar minuman halal tempatan, Etika Group of Companies (Etika) dan pengeluar poliester terkemuka, Hiroyuki Industries (Hiroyuki) telah berganding bahu melancarkan kempen Let's Rescue PET Bottles (LRPB).

Kempen kitar semula ini mendapat sokongan dan dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di pasar raya MyTown, Kuala Lumpur.

Dilancarkan secara rasmi Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, LRPB akan berlangsung selama setahun untuk mewujudkan budaya sihat dalam mengumpul dan mengitar semula botol minuman plastik dan poliester dalam kalangan masyarakat.

“Di bawah Matlamat Pembangunan Mampan, kempen ini menekankan peranan pengguna dalam usaha pengurusan sisa pepejal dan kepentingan proses kitar semula terhadap alam semula jadi.

“Kerjasama antara KPDNHEP dengan entiti korporat seperti Etika dan Hiroyuki ini selaras dengan semangat ‘kolaborasi kerajaan’ dalam usaha memupuk kesedaran pengguna Malaysia.

“Kempen ini turut melibatkan kelab-kelab pengguna di sekolah-sekolah dan Gerakan Pengguna Siswa di institusi pengajian tinggi di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang,” ucapnya.

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Untuk terus menggalakkan aktiviti kitar semula dan memberi impak positif kepada alam sekitar, Etika dan Hiroyuki juga telah bekerjasama dengan 270 sekolah di sekitar Lembah Klang.

Para pelajar di sekolah ini diundang untuk mengambil bahagian dan menyertai pertandingan yang dijalankan, selain mengumpul botol minuman terpakai sebanyak yang mungkin.

Mereka yang mengambil bahagian juga dikehendaki mencipta poster digital bertemakan kempen LRPB dan menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar.

Menariknya, sekolah-sekolah yang mengambil bahagian juga akan menerima 50 sen bagi setiap kilogram plastik dan poliester yang dikumpulkan pada setiap bulan.

Di akhir pertandingan, tiga sekolah dengan koleksi botol terpakai terbanyak akan memenangi RM5,000 untuk tempat pertama, RM3,000 untuk tempat kedua dan RM2,000 untuk tempat ketiga.

Selain itu, lima sekolah terbaik juga berpeluang melawat kilang Hiroyuki di Johor Bahru untuk mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan kitar semula.

Mereka juga akan dapat melihat bagaimana syarikat itu menghasilkan produk-produknya secara langsung. Pemenang-pemenang ini akan diumumkan pada September 2023.

Bagi sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berminat untuk mengambil bahagian, bolehlah mendaftar di Lets Rescue PET Bottles. - Getaran, 5 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

1,577 Cerun Berisiko Tinggi Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN