web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tip Mencari Kerja Di Usia 40-an

Mencari pekerjaan pada umur 40-an memerlukan keazaman yang tinggi serta strategi yang tepat bagi mencapai objektif kerjaya

Refleksi Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 9:35AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari peluang pekerjaan yang lain ketika usia menginjak ke 40-an bukanlah sesuatu yang mudah. Suka atau tidak, faktor umur mempengaruhi keputusan panel penemuduga. Lebih-lebih lagi jika anda bukan sesiapa dan tidak dikenali dalam industri yang diceburi.

Atas sebab itulah ramai yang berkira-kira atau memadamkan hasrat untuk berpindah kerja walaupun situasi di tempat kerja tidaklah membahagiakan. 

Dengan tempoh masa berbaki 10 hingga 20 tahun lagi sehingga umur bersara, mencari pekerjaan pada umur 40-an memerlukan keazaman yang tinggi serta strategi yang tepat bagi mencapai objektif kerjaya. 

Jangan takut untuk keluar dari zon selesa dan mencari kebahagiaan di alam pekerjaan. Jangan biarkan diri terus menjadi mangsa penindasan majikan, dibuli rakan sekerja ataupun tiada peningkatan dalam kerjaya.  

Cubalah berlapang dada dan percaya ada peluang yang lebih baik menanti jika menggiatkan usaha. Usia bukanlah penghalang!

Berikut adalah tip untuk membantu anda mencari peluang kerja di usia 40-an:

1. Persembahkan Diri

Ini termasuklah resume, penampilan diri dan juga kemahiran komunikasi anda. Bagaimana orang berhubung dengan anda? Bagaimana anda berhubung dengan mereka? Anda berada dalam kedudukan yang unik untuk menjadi ‘mentor dan mentee’, jadi gunakan kedudukan itu untuk membantu mereka yang terperangkap di tempat anda dahulu. Tetapi jangan lupa untuk mendapatkan nasihat orang yang anda percayai dan kagumi dalam profesion anda. Pengalaman mereka bermanfaat dalam membantu anda membuat keputusan kerjaya.

2. Cari Keseimbangan

Mencari keseimbangan dalam kerjaya dan keluarga, mungkin menjadi sesuatu yang sukar untuk diraih oleh sesetengah orang. Anda mungkin salah seorang daripadanya. Jika tempat kerja anda membenarkan anda ‘mencuri’ masa untuk mengambil kad laporan anak di sekolah atau membawa mereka berjumpa doktor gigi, ini bermakna anda punya sebab untuk tidak melangkah pergi. Namun, jika ini tidak berlaku, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sesuatu yang baharu. Umur 40-an juga boleh menjadi masa untuk anda memulakan langkah dengan meneroka sesuatu yang baru. Mungkin jadikan hobi anda sebagai sebuah perniagaan atau membuka syarikat audit yang boleh beroperasi dari rumah. 

3. Ikuti Kelas Untuk Meningkatkan Kemahiran

Setiap kelebihan membantu ketika anda hadir ke temuduga dan untuk peningkatan kerjaya. Kelas atau kursus mendedahkan anda kepada khalayak baharu dan rakan sekelas yang bertenaga boleh mencergaskan semula pandangan anda terhadap kerjaya anda. Anda juga akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang boleh meletakkan diri anda di posisi teratas untuk mengisi kekosongan sesebuah jawatan. 

4. Buat Kajian Tentang Bisnes Dan Situasi Syarikat Yang Ingin Disertai

Sesetengah syarikat, seperti syarikat pemula, memerlukan waktu bekerja yang panjang dan tahap komitmen yang mungkin anda tidak mahu ambil lagi. Jika anda menjumpai pekerjaan yang menarik minat, buatlah ‘siasatan’ untuk mencari profil orang yang bekerja di sana. Jangan sampai terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau. Budaya syarikat sangat penting pada usia 40-an, jadi carilah syarikat yang sesuai dengan anda serta anda sesuai dengannya.

5. Bersedia Galas Tanggungjawab

Di umur 40-an, anda memang sudah layak mempunyai pasukan yang perlu melapor kepada anda. Jadi jangan teragak-agak untuk letak sasaran tinggi apabila ingin bertukar kerja. Benar, semakin tinggi pangkat yang dipegang, semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Tetapi anda tidak bekerja secara solo, ia adalah kerja berpasukan. 

Usia 40-an adalah masa penting dalam kerjaya anda. Manfaatkan sepenuhnya dengan mencari keseimbangan yang boleh membimbing anda sehingga masa persaraan. 

Kemas kini resume anda, serlah keyakinan diri dan tunjukkan skil kepimpinan yang ada dalam diri. Pastikan jerih payah anda selama ini berbaloi. Sematkan di fikiran, emulakan kerjaya baharu di usia 40-an bukanlah sesuatu yang mustahil! - Getaran, 2 Jun 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

7 Tip Untuk Elak Anak ‘Tantrum’

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Makan ‘Pasta Straw Zus’, Pakar Diet Columbia Asia Hospital Bagi Pendapat

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Ego Biarlah Bertempat, Jangan Sampai Undang Kebencian

Dalam ajaran Islam, perkataan ‘kibir’ adalah yang paling dekat maksudnya dengan ego dan ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Kedua-dua hotel ini dibuka selepas pandemik COVID-19 dan ia mendapat ulasan terbaik di platform tempahan dalam talian.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Kejohanan Seni Latte Dunia

oleh Diyana Nawwar