web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lazada Alu-Alukan Seventeen Sebagai Duta Kebahagiaan Serantau Pertama

Kumpulan K-pop ini turut membintangi filem pendek 11.11 terkini Lazada, yang membawa mereka ke Dunia Lazada, dunia yang dinamik dan hebat yang dipenuhi dengan objek-objek harian dan ganjaran yang eksklusif.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 2:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazada Group telah mengumumkan kerjasama dengan bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaannya yang pertama menjelang festival beli-belah 11.11 terbesar - Biggest One-day Sale bermula tengah malam 11 Nov, 2021.

Terdiri daripada 13 ahli, SEVENTEEN, salah satu kumpulan K-pop terkenal di Korea Selatan membuat kemunculan hebat ke dalam arena muzik antarabangsa dengan eksperimen muzik kreatif mereka dan aksi persembahan yang menggemparkan, kata Lazada dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi Lazada Group Raymond Yang berkata pihaknya berasa sukacita mengalu-alukan Duta Kebahagiaan Lazada pertama, SEVENTEEN ke dalam keluarga Lazada.

“Dengan bakat serta personaliti mereka yang bersemangat, saya berharap agar SEVENTEEN dapat memberi inspirasi kepada pengguna kami di seluruh Asia Tenggara untuk kekal berani dan bersemangat untuk mencuba idea baharu, mengejar impian, dan mempercayai bahawa segala cabaran boleh diatasi,” katanya.

Yang berkata Lazada sentiasa mencari cara baharu untuk melibatkan pelanggan mereka sepenuhnya dengan aktiviti yang menyeronokkan secara dalam talian dan luar talian, bagi mencipta pengalaman membeli- belah yang holistik dan menyeronokkan.

“Dengan memanfaatkan 'Shoppertainment' mantap kami dan bekerjasama erat dengan peniaga kami untuk membuat promosi dan ganjaran yang tidak dapat ditandingi, kami sentiasa mencabar diri kami untuk membawa impak yang tinggi serta mencari cara yang bermakna untuk meningkatkan kehidupan komuniti di seluruh Asia Tenggara.

“Kami teruja untuk meraikan satu lagi edisi festival beli-belah 11.11 terbesar kami ketika kami semua mengejar harapan, impian, dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan kami," tambahnya.

“Dalam acara 11.11 Super Show Lazada pada 10 Nov, SEVENTEEN akan mengambil pentas utama untuk mempersembahkan lagu-lagu yang popular seperti “Left & Right” dan “Ready to love.

“Konsert maya tersebut yang dibarisi bintang-bintang terkenal menjelang 11.11 akan turut menampilkan para selebriti tempatan terkenal di Asia Tenggara yang berhimpun untuk bersama-sama meraikan harapan dan kegembiraan, termasuklah penampilan Nora Danish and Dayang Nurfaizah dari Malaysia.

“Di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, pembeli juga boleh menonton konsert 11.11 Super Show Lazada melalui saluran strim langsung dalam-aplikasi Lazada, LazLive, serta rangkaian penyiaran tempatan TV3, dan platform media sosial Lazada melalui YouTube, Facebook dan TikTok,” katanya.

Kumpulan K-pop seramai 13 ahli ini turut membintangi filem pendek 11.11 terkini Lazada, yang membawa Duta Kebahagiaan Lazada ke Dunia Lazada, dunia yang dinamik dan hebat yang dipenuhi dengan objek-objek harian dan ganjaran 11.11 yang eksklusif.

“Sambil menari dengan riang bersama dengan persembahan khas lagu hit global "Low" oleh Flo Rida, SEVENTEEN akan memulakan pengembaraan yang penuh dengan penemuan mengejutkan di setiap masa,” jelas Lazada.

Lazada akan turut melancarkan cabaran #HowLowCanYouGoLazada1111 TikTok di seluruh rantau ini, yang mengajak pengguna untuk mempamerkan kreativiti dengan membuat video tarian “shuffle” TikTok 20-saat gaya bebas unik mereka sendiri.

“Peserta-peserta dengan gerakan tarian yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM1,111 apabila mereka menyertai cabaran media sosial yang berlangsung mulai 26 Okt hingga 5 Nov,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Peluang Penjimatan Besar-Besaran Bersama Lazada Sempena Jualan 11.11

2

TARA 1 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara