web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peluang Penjimatan Besar-Besaran Bersama Lazada Sempena Jualan 11.11

Pesta membeli-belah tahunan yang paling dinanti-nantikan akan berlangsung selama 3 hari dengan keceriaan tanpa henti bermula 11 hingga 13 November

Gaya Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 4:23PM

gambar Lazada

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazada, tampil menawarkan keceriaan berganda sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 dengan menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini.

Bermula dari 11 hingga 13 November ini, jualan itu mengundang pengguna untuk membeli-belah sepanjang hujung minggu dengan tawaran dan diskaun yang hebat.

Selain menikmati nilai pembelian berbaloi dan penjimatan luar biasa semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 itu, pelanggan juga berpeluang merebut lebih daripada satu bilion LazCoins yang

disediakan.

LazCoins yang dikumpul itu boleh ditebus bagi menikmati diskaun dan harga terendah bagi puluhan juta produk di platform Lazada. Berdasarkan data, didapati setiap hari, satu daripada tiga

pelanggan Lazada menggunakan LazCoins untuk memaksimumkan penjimatan mereka apabila membuat pesanan di platform Lazada di seluruh rantau Asia Tenggara.

Cara untuk mendapatkan bonus LazCoins adalah sangat mudah. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari bermula 1 hingga 13 November untuk mengumpul lebih banyak LazCoins berbanding kutipan pada hari biasa.

Selain itu, sejak 1 November lalu, Lazada turut menganjurkan peraduan menerusi akaun Lazada di Instagram bertujuan mengajak pengguna media sosial meneka harga jualan produk terpilih.

Bagi menyertai peraduan itu, peserta hanya perlu menulis komen tekaan harga jualan produk yang dipaparkan.

Seramai 11 individu pertama yang meneka harga dengan tepat berpeluang memenangi produk terpilih harian termasuk pelbagai barang kesihatan, kecantikan, kelengkapan rumah, kehidupan, fesyen dan elektronik.

Seorang pemenang bertuah yang meneka dengan tepat harga kesemua produk yang dipaparkan sepanjang 10 hari akan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu baucar membeli-belah bernilai RM11,000.

Secara keseluruhan, terdapat lebih RM100,000 hadiah untuk dimenangi daripada jenama seperti Cosmic Cookware, Dyson, Estee Lauder, Fossil, Kinohimitsu, Lazada Adventures, LEGO,

Nescafe, OGAWA, dan POCO.

Ha11 of Fame

Tahun ini, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada juga memperkenalkan Ha11 of Fame* (Hall of Fame) yang menampilkan 11 tawaran eksklusif produk jenama terkemuka bermula 11 hingga 13 November ini.

Jenama kegemaran ramai seperti DJI, LEGO, L’Occitane, MAC, Nike, Ogawa, Shiseido, Skechers dan Xiaomi akan menawarkan diskaun sehingga 80 peratus untuk produk mainan, kosmetik dan penjagaan diri, kasut, dan pakaian.

Bagi pelanggan yang menantikan harga terendah di Lazada, Mesti Beli Deals* menjanjikan tawaran terhebat dan harga durian runtuh paling eksklusif di LazMall dan Marketplace, apabila pelanggan boleh menikmati penjimatan yang besar apabila membeli produk seperti Sony PlayStation 5, Dyson Airwrap, LEGO Icons Jazz Club Building, OGAWA RetreaX Massage Chair, GINTELL S3 Superchair, Roborock Q Revo Robot Vacuum, 70mai A500S Dashcam, dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 80 peratus.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, sila layari aplikasi Lazada. - Getaran, 9 November 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

6 Tip Membeli-belah Dengan Selamat Dalam Talian

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

K-Pop Seventeen, Dayang Jayakan Lazada 11.11 Super Show 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lazada Alu-Alukan Seventeen Sebagai Duta Kebahagiaan Serantau Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN