web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Tip Membeli-belah Dengan Selamat Dalam Talian

Pastikan produk tiba tepat pada masanya, berkualiti, ada jaminan, dan ada cara untuk memulangkannya jika rosak. Paling penting tidak menjadi mangsa 'scammer'.

Gaya Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2024 7:01PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membeli-belah dalam talian adalah mudah. Ini kerana anda boleh membeli-belah tanpa gangguan, mencari harga terbaik dan seterusnya pesanan anda akan di hantar ke depan pintu.

Tetapi mendapatkan tawaran hebat dalam talian melibatkan lebih daripada sekadar mendapatkan harga terendah.

Anda perlu memastikan produk tiba tepat pada masanya, kualiti adalah seperti yang dijangkakan, item tersebut mempunyai jaminan, dan ada cara untuk memulangkannya jika rosak atau bermasalah.

Berikut adalah 6 tip berguna untuk untuk meningkatkan keselamatan pengalaman membeli-belah anda.

1. Sentiasa membuat pesanan daripada sambungan (connection) yang selamat

Jika komputer anda tidak dilindungi dengan perisian yang mampu menapis ‘phishing website’, maklumat perakaunan anda seperti no kad ATM, kata laluan atau ID perbankan internet  akan sampai ke pengetahuan scammer, dan ini bermakna mereka punya akses untuk memindahkan wang anda ke akaun lain.

Jika anda membeli-belah dalam talian semasa menggunakan rangkaian wayerless, ia perlu disulitkan supaya seseorang yang ‘bersembunyi’ di luar rumah tidak dapat mengumpul maklumat anda.

Elakkan daripada membuat sebarang transaksi kewangan apabila menggunakan rangkaian awam, kerana anda mungkin tidak tahu sama ada ia terjejas.

2. Kenali peniaga dan reputasi mereka

Jika anda sudah tahu dan biasa membeli-belah di kedai fizikal sesuatu jenama, membeli-belah di laman web mereka pasti tidak menjadi isu kerana ia selamat. Bagaimanapun, pastikan mereka memang mempunyai kedai di dalam talian.

Jika anda tidak tahu tentang kedai atau jenama itu, anda perlu mengambil beberapa langkah untuk berjaga-jaga. Lakukan pemeriksaan latar belakang, tanya ahli keluarga, kawan-kawan atau baca ulasan dalam talian yang ditinggalkan oleh pengguna lain.

Jika mempunyai ulasan yang buruk, jangan buat sebarang belian di laman web mereka.

3. Elakkan tawaran yang kelihatan ‘too good to be true’

Mana-mana kedai atau platform dalam talian yang menjanjikan terlalu banyak potongan harga tanpa syarat dan terma, ia adalah petanda yang tidak baik.

Jika harganya terlalu rendah, pertimbangkan sama ada peniaga menawarkan barangan tulen atau sebaliknya.

Jika barangan itu rosak, adakah anda boleh memulangkannya semula atau mendapat pulangan wang?

Kedai dalam talian yang tidak bereputasi mungkin menjalankan tawaran harga yang sangat rendah dan kemudiannya mendakwa item itu kehabisan stok.

Apabila ini berlaku, anda perlu menunggu lama atau anda akan ditawarkan dengan produk lain.

Jika anda tidak berminat dengan kedua-dua opsyen, mungkin wang anda tidak akan dikembalikan. Jangan terpedaya!

4. Jangan berbelanja di platform dalam talian yang memerlukan terlalu banyak maklumat peribadi

Jangkakan untuk memberikan beberapa kaedah pembayaran, alamat penghantaran, nombor telefon dan alamat e-mel, tetapi jika mereka meminta lebih daripada itu, itu adalah ‘bendera merah’.

Anda tidak mungkin mahu memberikan maklumat akaun bank, nombor kad pengenalan atau nombor lesen memandu kepada mereka.

Sesetengah syarikat bertanyakan soalan tentang minat anda, tetapi ini hendaklah sentiasa menjadi pilihan dan anda harus berhati-hati dalam memberikan maklumat tersebut.

Adakah peniaga menjual semula, menyewa atau berkongsi maklumat anda? Semak dasar privasi laman web mereka untuk memahami bagaimana maklumat anda disimpan atau digunakan.

5. Cipta kata laluan unik

Untuk buat belian dalam talian, anda perlu cipta nama pengguna (username) dengan kata laluan.

Jadi pastikan anda menggunakan kata laluan yang unik dan kukuh.

Elak guna tarikh harijadi atau nombor kad pengenalan. Sebaliknya gunakan huruf dengan kombinasi nombor dan simbol.

6. Tunggu tawaran menarik untuk lebih penjimatan

Dengan lambakan platform e-dagang, anda punya akses kepada tawaran penjimatan yang lebih luas.

Boleh dikatakan saban bulan ada sahaja tawaran penjimatan yang menanti untuk ‘kaki-kaki shopping’ di dalam talian.

Bermula esok, Lazada, perintis platform e-dagang di Asia Tenggara mengumumkan Jualan 9.9 Mega Brands yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 September 2023.

Kempen jualan selama lima hari ini menawarkan pelbagai tawaran, rebat, dan penjimatan yang amat berbaloi, terutamanya jika anda penggemar barangan berjenama.

Bermula seawal 4 September lalu, pengguna sudah mula mengumpul Lazada Bonus untuk menikmati diskaun RM9 dengan setiap pembelian berjumlah RM90.

Selain itu, diskaun tambahan turut boleh didapati dengan tawaran Chup Dulu, di mana pengguna boleh meletakkan deposit untuk menikmati harga terendah dengan penjimatan sehingga 60%* untuk barangan terpilih.

Dengan tawaran daripada kedai dalam talian terpilih di LazMall dan Lazada Marketplace, para pengguna boleh menjangkakan promosi hangat daripada pelbagai jenama yang diidam-idamkan, antaranya SKII, Lancome, Nike, OGAWA, Samsung, Clarks, Timberland, PUMA, Skechers, dan banyak lagi.

Kali ini, Lazada 9.9 Mega Brands Sale turut membawakan 9 Wonders, di mana sembilan produk daripada jenama terpilih, dan ianya bakal diperbaharui setiap hari, bermula 9 hingga 13 September, menampilkan jenama terkenal seperti Nike, Dyson, OGAWA, Estee Lauder, L’Occitane, Puma, LEGO, Lancome, Skechers, dan lululemon.

Sambil membeli-belah pelbagai produk termasuk kasut, pakaian athleisure, aksesori elektronik, barangan runcit, keperluan rumah, produk penjagaan diri, jam tangan, dan mainan, pengguna boleh menikmati penjimatan hingga 50%.

Namun perlu diingatkan, kesemua tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat dan terma.

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Mega Brands Sale, layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini. – Getaran, 8 September 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Peluang Penjimatan Besar-Besaran Bersama Lazada Sempena Jualan 11.11

2

TARA 2 tahun yang lalu

2 Medan Selera Mesra Muslim Harus Anda Kunjungi Di Bangkok!

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Tak Peduli Diskaun, Ini Sebab Sebenar Kenapa Rakyat Malaysia Lebih Suka ‘Online Shopping’

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

K-Pop Seventeen, Dayang Jayakan Lazada 11.11 Super Show 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN